Ni ha pertama sekali aku ingin memperkenalkan diri aku......my name is Nuzul Huda Binti Abdul Aziz (nama ni sebenarnya pak aziz (my father) yg bg special khas untuk aku......mungkin juga sempena Nuzul Quran kut.Entahlah aku pun tak tau agak-agak je sebab nama aku ni pun meaningnye same dengan Nuzul Quran(Diturunkan Al-Quran dan nama aku pula bermaksud (Diturunkan Petunjuk ) almaklumlah aku ni anak perempuan kecik dalam keluargalah katakan tapi sebenarnya aku ni anak ketiga daripada 6 beradik. Aku ada one abang, one kakak n three adik lelaki. So....kurang lengkap satu je lah....adik pompuan. Kalau korang nak tengok gambar family aku,......haaaa ni la!!!
Haaa...Kalau korang pandai cuba teka mana satu aku kat dalam gambar ni????? Cengceceng.......
Haa..... jawapannya sudah tentulah tuan punya yang memakai tudung kuning kerabat diraja tu lah beta....hehehe.......di sebelah aku tu, kakak and adik aku yang bongsu. Kat belakang aku tu abah,ibu,adik (yg kawin tu) n wife dia. Di sebelah adik bongsu aku tu my kakak ipar. Belakang (baju biru) tu abang aku, tepi dia tu adik aku. Haaa....yang di sebelah adik(kawin) tu pulak abang ipar aku n yang macho baju batik warna meroon tu pulak......ooops kalau pandai cuba teka sapa???? Jawapannya tunggu.......
(gambar ni diambil sempena akad nikah adik aku kat Kedah di rumah pengantin perempuan tahun lepas masa aku balik Malaysia ari tu).
So bila dah bercakap pasal akad nikah ni, aku pun nak tunjuklah serba sedikit gambar-gambar masa akad nikah and kenduri kawin adik aku tahun lepas (13/11/2005) ari tu.
1) GAMBAR IBU AND ABAH AKU YANG TERSAYANG, 2) ADIK AKU SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH 3) GAMBAR PENGANTIN BARU 4) MAK TEH AKU TENGAH MEMAKAIKAN SAMPIN PADA ANAK TERUNA 5) KAKAK N IBU AKU TENGAH SAMBUT KEDATANGAN PARA JEMPUTAN (BAHAGIAN POMPUAN) 6) AKU BERSAMA KAKAK ANGKAT AND ANAKNYA 7) AKU BERSAMA BONDA ANGKAT N FAMILYNYA 8) SAUDARA MARA
Oh lupa pulak aku, ada satu lagi gambar yang patut aku tonjolkan kat dalam ni.....tau apa die? Ni ha....bukan senang aku n kakak aku nak membuatnya..........Orang profesional je yang pandai membuatnya tau....Haaaa ni die....... (SIRIH JUNJUNG PULANG KE GAGANG)!!!!
Sebenarnya aku n kakak aku terpaksa jadi mak andam terjun sebabnya kita orang terlupa yang sirih junjung tak buat lagi masa nak pegi ke rumah pengantin perempuan masa ari akad nikah tu. Aku n kakak pun apa lagi pikir lah macam mana nak membuatnye dengan segera sambil dibantu abang aku yang tolong pegi membeli bunga di kedai and mengambil daun sirih di rumah jiran aku.Nasib baik depa ada pokok sirih.Lepas tu kakak aku pulak ada hal lain yang perlu dibuatnya juga so....aku sorang-soranglah yang mengerjakannya sampai siap dan tu lah hasilnya yang di dalam gambar tu. (Amacam ada talent tak?) Haa lepas ni sapa yang nak menempahnya bolehlah call aku kat sini ye (london),tapi kena bayar lebihlah sikit no...(postage cost) lah katakan.Heheheh....Andai kata masa hari akad nikah and kenduri kawin tu pun berjalanlah dengan lancar dan meriahnya.
"SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT EMI DAN NORA . SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT...AMIN".
0 Comments:
Post a Comment
<< Home