Thursday, May 11, 2006

Oooooo....Balik Kampung.....Hati Riang!!!

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, LEBIH BAIK DI NEGERI SENDIRI....Itulah pepatah melayu yang sering kita dengari selama ini memang tepatlah ianya benar sama sekali......tidak syak lagi!!!

Ini sebenarnya berdasarkan pengalaman aku sendiri apabila tiba-tiba berada jauh di rantauan. Terasa jauh di sudut hati sunyi-sepi,sedih dan pilu mengcengkam di hati,rindu air tangan masakan ibuku,hilai tawa saudara mara dan rakan-rakan dan tak lupa juga kerinduan pada kucing ku. Akhirnya saat-saat yang dinantikan pun tiba......semenjak aku sampai ke London ni (21/01/2004), ni lah pertama kali aku melepaskan rinduku ke kampung halaman dan negara yang aku cintai.....Malaysia!!!Yeyeye.......Ooooo....Balik Kampung......

Tanggal 29/10/2005 ni lah tarikh yang aku nanti-nantikan. Aku pun bertolak pulang ke Malaysia dengan pesawat MAS pada pukul 6.00 petang daripada Heathrow Airport. Surprise...tau aku balik ngan sape? Ngan sape lagi kalau tak dengan suami tersayang....Noordin bin Ilias. Haaa....sebenarnya aku ni dah berpartner pun. Kalau nak tau gambar yang pakai baju meroon and machoo dengan family aku tu lah "MY HUBBY". Aku datang ke sini pun kerana mengikuti husband aku yang menetap dan bekerja di sini but Insyaallah tak lah sampai ke for good. For good di Malaysia juga lah nanti. Tanggal 30/10/2005 kami pun sampailah di Penang Airport lebih kurang pukul 2.00 petang Malaysia. Ramai saudara mara kami menyambut kepulangan kami pada hari tersebut.
So,ni lah sedikit sebanyak gambar sewaktu aku balik bercuti haritu........''Emmm...Gumbiranya'' .

1 ) First tu gambar ibu dan abah serta adik aku yang bongsu sekali masa kita orang pegi makan kat pizza hut di pacific. Almaklumlah aku ni kan....kalau ke shopping complex tu tak sah lah kalau tak singgah makan.....lapar sokmo...hahahah. Janji perut kenyang,hati riang......baru best nak bershopping.....hai...pening kepala la my hubby nak melayan karenah aku ni. Sampai my hubby kata apa tau, bila melihatkan hobby wifenye yang suka bershopping ni.....haa nak dengar apa katanya...." YANG...KALAU LAH ABANG NI ADA DUIT BANYAK....ABANG NAK BUKAK JA 1 SHOPPING KOMPLEKS BESAR KAT YANG. BUKAN APA....JADI NANTI SENANGLAH YANG NAK BERSHOPPING. PI MAI PI MAI KAT SHOPPING KOMPLEKS KITA JAA.....". Aku pun apa lagi....tersengih dan ketawa terbahak-bahaklah bila mendengarkan kata-kata dari my hubby tu....hhhhmmmmm perli nampak bang.......hahahaaaa

2 ) Ha....yang ramai-ramai tu pulak gambar aku bersama my mak mertua(tudung putih), kakak ipar(tudung biru) aku yang no.2, no.1 tak ade kat dalam gambar ni, kawan aku daripada Johor, anak-anak kawan aku and bersama anak-anak menakan (loqhat kedah) hubby aku. Hai meriahnya kita masa tu....Nasib baik mertua aku pun SPORTING....so...tu yang best tu!!!!

3 ) Aku n my hubby bersama anak menakan aku di rumah my sister. Sebenarnya masa ni kakak aku n husband dia berkursus. So aku n my hubby pun ikutlah adik bongsu aku n anak-anak saudara aku ni pergi menjenguk kucing kesayangan mereka...takut tak makan pulak nanti. Jadi sempat lah aku bergambar sekejap kat rumahnya ari tu.
4 ) Ni lah family kakak aku kalau nak tau. Sebenarnya aku memang rapat sikit dengan my sister,almaklumlah kami berdua je pompuan. Di antara semua (lima orang) anak-anak saudara aku pun, mereka berdua ni lah yang paling rapat dengan aku....mereka panggil aku "Mak Lang". Tapi mereka berdua ni kalau bercakap.....mengalah kan mak nenek...hehehe.
5 ) Yang ni pula gambar aku semasa berkunjung ke tempat kerja lama aku di MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) tahun lepas. Wah!!! Meriahnya bila aku tiba di sana ari tu....Seronok rasanya bila dapat berjumpa kawan-kawan tempat keja ni.......hah...sape pulak tu yg pakai kopiah putih tu???? Ha....ni la my partner keja aku masa kat MPSP dulu. Kita orang dua ni sebenarnya diletakkan bersama di bahagian penialaian pegurusan harta. Ni lah Fuad(gelaran ustaz Fuad).....hehehe jangan marah ye Fuad.....acah je. Kalau betui pun apa salahnya kan. Sebenarnya kita orang dua ni memang ngam....mana tak nye aku ni lah tukang dok supply stok makanan kat dia.....(hemmmm....tapi tak gemuk-gemuk jugak) and dia pulak tukang dok buat lawak (tu yang buat aku tak boring....hahaha.....kan aku dah gelak dah) Tapi kurus pun bukan sebarang kurus....tau!!!Dah anak 2 pun sekarang.'Sorrylah Ikin ye.....melawak je'(wife fuad).
Pada kawan-kawan yang tak dak kat dalam gambar ni pulak sorrylah ye.....nanti Nuzul balik kita tangkap lain. But janganlah risau....walau pun gambar-gambar mu tidak ku pampangkan tetapi kamu-kamu semua tetap ku kenangkan....
6 ) Ni lah kawan aku, Aziah n familynya. Orangnya lembut dan sopan santun sangat. Bertuah lah si jejaka yg memperisterikannya tu. Sekarang Aziah dah pun ada sepasang anak.Pompuan sorang.Laki sorang. Tahniah!!! Gambar ni diambil semasa Aziah n family berkunjung kerumah mak aku di Kedah tahun lepas.
7 ) Aku,my hubby n my parent sewaktu berkunjung ke rumah kakak angkat aku di Tasek Gelugor. Kakak angkat aku ni business woman....siap ada 1 gerai makanan n 1 gerai minuman lagi. Famouslah kalau sebut kedai Pak Saharat tu di Kompleks Tasek Gelugor. Boleh tahan juga sedap makanannya.....ada bihun sup, mee kuah, mee bandung, charkowteuw, ais kacang dan bermacam-macam lagilah. Emm.....lazatnya!!!!Tapi yang syoknye bila aku ke sana je mesti punya dapat makan free....almaklumlah adik angkat kesayangan dia lah katakan.Hehehe..JANGAN JEALOUSE TAU!!!ALL THE BEST TO U.
JALAN- JALAN DI PENANG HILL....PULAU MUTIARA!!!!
Pulau Pinang memang terkenal dengan Penang Hill nye. Bak kata orang kalau ke Pulau Pinang tak sah kalau tak berkunjung ke sana. Begitu juga dengan pelancong-pelancong yang datang dari pelbagai pelusuk negara. Penang Hill juga terkenal dengan nama Bukit Bendera. Untuk naik ke atas menikmati panorama indah di Penang ni, terdapat cabel car yg akan membawa orang ramai naik ke atas sana. Di sana juga terdapat beberapa gerai dan juga food court. Tapi yang menarik minat aku pada hari tu ialah gerai inai.Haaaa nak tau apa jadi...nanti kita saksikannya di bawah. Tak lupa juga laksa penang yang ummmmh!!!Hai terliurlah pulak bila bercerita pasal laksa penang ni......bila lah nak balik ni...makan laksa penang bukit bendera!!!!!
Wahhh bertambah lagilah pengunjung ke Bukit Bendera
hari tu bersama-sama dengan rombongan yang aku bawa ni..........From Kampung Melayu Ayer Itam. Sebenarnya sementara kawan aku Lyza (from JB) ni dah datang jauh-jauh dengan anaknya ke sini , aku pun bawalah mereka tidur kat rumah mertua aku and alang-alang dah ke sini mereka pun beriya-iyalah nak ke Penang Hill. Tu yang beramai-ramailaih kita orang pun berkonvoi beramai-ramai ke sana.
DENGAN INI DIUMUMKAN......PEMENANG BAGI KATEGORI
BERINAI TERBAIK JATUH KEPADA.......TUUUUUUU.....Cuttt!!!
Sudah-sudah....Tak de sape pun yang menang lah dalam acara ni....Yang untungnya Tauke Inai tu lah juga. Kau orang jadi model dia je lah ye....Hehehe. Sebenarnya harga bagi setiap inai yang dilukis kan ke atas tangan setiap orang ni ada pelbagai harga. Ada yang RM10 and RM5. Boleh tahan juga mahal harganya. Tapi nak merasa jadi model bollywood ni lah punya pasai....mahal pun tak pe lah kan.....sekali sekala je.....
Berehat-rehat dan bermandi-manda di Taman Belia, Penang.
Cuti habis......Terbang ke London Kembali......
Hai beratnya rasa hati nak melangkah pulang ke kota London. Kota yang penuh dengan kesibukan. Tapi apakan daya memandangkan tugasan yang menunggu di sana terpaksalah jua aku n my hubby mengorak langkah pulang ke sana. Sedih dan pilu ni bukan kepalang lagi ku rasakan. Well.....macam mana pun kehidupan tetap diteruskan seperti biasa. Cuma waktu yang memisahkan kita, but keluarga tercinta senantiasa diingatan dan rindu sentiasa nan di hati....Insyaallah we will come back again end of this year!!! Doa-doakanlah ye...
(Gambar sewaktu di Penang Airport bersama family aku n my hubby)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home