Thursday, August 17, 2006

MERTUA OH MERTUAKU......

Hai tak sabarnya rasa hati ni bila dapat tahu ja yang mertuaku akan datang menjenguk aku n my hubby kat Kota London ni. Setiap hari di kepala otak aku ni seringkali terfikirkan apa saja program yang aku ingin sediakan buat mertua aku nanti sewaktu mereka tiba di sini. Hai terfikir nak masak apa???,nak bawa berjalan kat mana???,nak shopping???,,,,,dan macam-macam lagilah sentiasa melayang-layang di benak fikiran aku ni. Seronoknya bukan kepalanglah lagi aku n my hubby di sini. Almaklumlah,ni lah first time my parent in law nak datang ke sini.


Tanggal 24/05/06 pun tibalah masanya yang ditunggu-tunggu. Mertuaku pun sampailah lebih kurang pukul 6.00 petang di Heathrow Airport. Berdebar-debar juga rasanya semasa menunggu ketibaan mertuaku ni. Wah macam menteri pulak yang datang nye....heheheh....
Bila ternampak ja kelibat mereka berdua, hai betapa lega dan gembiranya rasa hati aku n my hubby.....bukan apa takut juga kalau-kalau mereka berdua tak berapa sihat n letih, maklum sajalah penerbangan memakan masa 13 jam daripada Malaysia ke London ni. Tapi bersemangat rupanya kedua-dua mertuaku ni.....Alhamdulillah syukur.

Selama 3 minggu mereka berada di Kota London ni. Ada saja program yang aku dah set kan untuk kami sekeluarga. Aku n my hubby pun tak lepaskan peluang mengambil cuti untuk bergembira dan berjalan-jalan bersama-sama mertuaku di sini. Nampaknya mereka sungguh ceria sekali sepanjang berada di sini. Banyak juga tempat-tempat yang aku n my hubby bawa mereka untuk dilawati. Diantaranya ialah Covent Garden,Royal Albert Hall(tempat yg ct nyanyi tu),Madame Tassaud,Big Ben, Buckingham Palace,Harrod,Portabello Market,Regent Park, Camden Town,China Town dan macam-macam lagilah. Ada juga tempat-tempat yang di luar kawasan London seperti Bicester Village(Shopping Outlet) dekat Oxford dan Bournmouth. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja program jalan-jalan yang di setkan. Alah, macam program 'Jalan-jalan cari makan' yang selalu ada kat tv3 tu,haa....tapi yang ini program'Jalan-jalan cuci mata' hehehe.....almaklum sajalah kat kota London lah katakan!!!
Seterusnya to be continue the next chapter di dalam "Mertua Oh Mertuaku Part 2"......Tata!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home