Wednesday, October 22, 2008

Open House Aidilfitri!!!
Selepas saja pulang daripada Malaysia kami sekeluarga pun dijemput ke "Open house" di rumah kenalan-kenalan kami di London ni. Alhamdulillah. Tak yah lah nak masak-masak on weekend. Tambahan pulak jet let dan penat balik malaysia pun masih dok terasa tak habis lagi ni. Terima kasih lah di atas segala undangan saudara-saudari sekelian dan juga pihak Surau Malaysia Hall London. First sekali undangan yang kami terima selepas pulang daripada Malaysia ialah daripada Kak Rosnah lebih kurang 3 minggu lepas. Sedap-sedap belaka hidangannya. Tambahan pulak Mak kak Rosnah pun masih ada dan sempat beraya di sini, bertambah meriahlah lagi suasana di rumahnya. Keesokan ja pulak aku bersama my bos menjadi tuan rumah pulak bagi "Open House For Felda Students" yang melanjutkan pelajaran ke UK ni, yang dibuat di Restoran Prince Of Wales yang terletak di Willesden Lane. Alhamdulillah semua persiapan bagi jamuan hari raya yang dibuat di sini pun ok kesemuanya. Segala jenis menu yang telah ditempah pun semuanya menyelerakan dan menyedapkan.Eeerrkkk.....Alhamdulillah, kenyang lagi. Baru saja Jumaat yang lepas Restoran Prince Of Wales jugak tak lepaskan peluang membuat "Open house" di kedainya sendiri. So sekali lagi kami mendapat jemputan ke sana. Terima kasih juga buat Ustaz Erfino sekeluarga yang sudi menjemput kami sekeluarga ke Jamuan Raya di rumahnya pada Sabtu yang lepas. Tapi malangnya kami tak dapat nak menghadirkan diri ke rumah ustaz disebabkan ada sedikit hal yang tak dapat dielakkan. Rasanya selagi tak habis bulan Syawal ni selagi itulah adanya "Open House". Alhamdulillah rezeki-rezeki raya.

Program Hari Raya Aidilfitri di Surau Malaysia Hall London.


Berhari raya di rumah Kak Rosnah di Stanmore.

Farhah berjenaka sakan dengan Tok Wan Abu dan Nek Siah.



Sempena Open House Felda London
(1) Gambar Family 2) My Family & My Bos Family
3) Bersama Kakitangan Prince Of Wale Restaurant
4) Makanan yang menyelerakan.

Para jemputan menikmati hidangan.

Abah sedang melayan karenah buah hatinya pengarang jangtungnya, Farhah Widad.

Prince Of Wales Open House!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home