Thursday, June 28, 2007

LAHIRNYA PERMATA HATI KAMI.....FARHAH WIDAD



Assalamualaikum.....




Terlebih dulu nak ler minta maaf banyak-banyak sebab dah lama menyepikan diri buat sementara waktu dari mengupdatekan blog ni. Bukannya apa....al-maklumlah sebelum ni kurang sihat dan mood menulis pun semakinlah berkurangan jugak. First pregnantlah katakan.


Haaaa......la ni dah pun selamat!!! Selamat bersalin anak yang pertama kami yang diberi nama '' FARHAH WIDAD'' yang bermaksud ''Kegembiraan Kasih Sayang''. Nampak gayanye cite-cite sambungan pasal my parent in-law aku tu kat London ni terpaksalah diclosedkan setakat itu lah saja....Bukannya tak mau nak continue tapi dah tak sabar lagi nak tulis citer-citer pasal cucu girl mereka ni.....nak bukak new chapterlah pulak.


''FARHAH WIDAD'' ni, sebenarnya adalah salah satu nama yang diberi oleh Mak Ngah Muna dia (kakak aku) untuk anak kesayangan kami ni. Semuanya ada tiga nama yang diberi pilihan daripada kakak aku dan satu nama yang aku sendiri cari. Sampai dah saat hampir tiba nak melahirkan Farhah Widad pun aku masih tak dapat nak choose lagi yg mana satu nama yang nak diberikan kepada baby aku ni....pening....pening....Bukannya apa, sebab semua nama-nama yang ada dalam senarai pilihan tu....semuanya bagus-bagus dan sedap-sedap belaka. Tup-tup akhirnya Alhamdulillah pada pagi hari Ahad, tanggal 04/03/2007, jam 5.10 pagi lahirlah permata hati kami dengan selamatnya ke dunia ini. Lantas bila ada ja yang bertanyakan tentang nama baby yg baru dilahirkan ini dah bagi nama apa????, aku pun lantas spontan terus menjawab Farhah Widad itu yang terus terkeluar dari mulut ni....Nampaknya memang nama Farhah Widad telah ditakdirkan untuk baby kami ni. Aku dan my hubby gembira tak terkira, hanya linangan air mata dan kesyukuran yang tak terhingga kepada ILAHI yang telah mengurniakan zuriat kepada kami ini. Aku n my hubby sentiasa berdoa semoga cahaya mata kami ini menjadi anak yang solehah dan sebagai penenang jiwa kami.Amin!!! Ucapan Thank u so much yang tak terkira jugalah buat my mother in-law dan my anak saudara Normyza yang bersusah payah datang ke London ni untuk menjaga aku semasa di dalam pantang. Alhamdulillah lah ada mak dan myza kat sini....kalau tidak tak taulah macam mana jadinya. Silap haribulan pantang ala mat sallehlah jawabnya....hehehe....

Ni lah gambar my mother in-law dan Normyza(pakai baju merah sebelah aku tu) semasa aku dalam pantang.

DIANTARA KOLEKSI-KOLEKSI GAMBAR FARHAH WIDAD.....



















































Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home