Friday, August 03, 2007

KENDURI KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT DI PADANG SERAI, KEDAH.

Tanggal 02/06/07 umur Farhah pun hampir genap masuk 3 bulan. Sekejap ja....Farhah pun semakin hari semakin membesar. Dah pandai ketawa tak berhenti-henti dah dia kalau diacah. He...ramai jugak yang geram bila melihatkan telatahnya tu. Asalnya majlis kenduri ni nak buat pada 03/06/07 tapi ditukar pada 02/06/07 disebabkan takut ramai sedara mara yang tak dapat datang pada hari tu, almaklumlah pada masa tu pulak demam kenduri kat Malaysia...cuti sekolah lah katakan. Majlis kenduri ni pun tak lah besar mana....dibuat simple-simple jer. Awalnya planning nak buat sekali cukur jambul Farhah tapi memandangkan Farhah pun dah aktif pusing sana pusing sini so...dengan rambutnya yang dah agak tebal pulak tu, maka fikir punya fikir tak jadilah nak cukur rambutnya, cuma gunting sajalah sealakadarnya. Simple-simple pun penat jugak dibuatnya. Nasib baiklah jugak pakai katering my pak menakan(bapa saudara) aku.....legalah sikit. Bukannya apa, simple-simple pun sampai ke malamlah juga orang datang ke rumah parent aku ni....nak menjenguk ''Anak London'' lah katakan. Heheheh......
Ni gambar my family dan my family in-law semasa kenduri di rumah aku.
Gambar hubby bersama family dan sedara-mara yang datang.




Gambar aku,my sister and my mak menakan sedang berehat seketika selepas penat melayan tetamu yang datang ke rumah ku.




Bergambar bersama-sama my friends yang hadir pada majlis kenduri tersebut.



Akhir sekali diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir (sedara-mara,sahabat handai dan jiran-jiran terdekat) pada majlis tersebut. Tak lupa juga yang bertungkus lumus memberi kerjasama dalam menjayakan majlis kenduri kesyukuran ni walau tak sebesar mana pun....tapi penat tu tetap adalah kan....Terima kasih daun keladi, kalau ada lagi nanti jemput lagi....Hheeeemmm.....So jadi setakat ini lah dulu citer kali ni....Insyaallah nanti kita citer lagi di lain hari. Bye-bye!!!





0 Comments:

Post a Comment

<< Home