Friday, October 26, 2007


SESUDAH SEBULAN BERPUASA, RAYA PUN MENJELMA.


DIUCAPKAN MAAF ZAHIR & BATIN
KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.


JAMUAN HARI RAYA OR OPEN HOUSE.
Selepas sebulan berpuasa, raya pun menjelma. Rasa riang pun ada, sedih pun ada. Maklum sajalah beraya di Kota London ni. Riang pabila dapat berjumpa rakan-rakan terutamanya pabila mendapat jemputan jamuan hari raya di rumah rakan-rakan kita di sini. Dalam suasana keriangan di hari raya tersemat juga rasa sedih dah hiba pabila tak dapat beraya bersama-sama keluarga tercinta yang berada di Malaysia. Teringat sekali ketupat rendang yang disediakan oleh ibuku di Malaysia serta masakan ibu mertuaku iaitu dalca kegemaranku dan my hubby. Tapi suasana hari raya di sini tetap juga meriah seperti biasa. Aku sefamily juga tak lepas daripada di jemput ke jamuan raya dan open house di sini. Boleh di katakan setiap hari dari hari raya pertama sampailah ke hari raya keempat ada saja aku sefamily mendapat jemputan. Setiap weekend ja ada saja jemputan diterima. Alhamdulillah rezeki-rezeki. Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjemput kami ke jamuan hari raya di rumah masing-masing. Semoga Allah memberkati dan melimpahi rezeki ke atas mereka semua.Amin. Ni lah first time Farhah menyambut hari raya di sini. Tapi nampaknya walaupun first time dia menyambut raya dan beraya kat sini, tapi dia tetap begitu seronok sekali. Malaysia juga ada membuat open house sempena raya baru-baru ni. Seperti biasa rumah TYT Dato Embassador kita juga di sini juga ada open house. Tapi sewaktu planning nak ke rumah TYT ni kami sefamily dah tersesat dan jalan pun jem pulak hari tu. Tup-tup-tup dah hampir 4.30 petang masih lagi tak sampai kat rumah TYT. Last-last rumah Fizan yang kami jumpa. So, kebetulan pulak Fizan pun ada menjemput kami sefamily ke rumahnya maka kami pun terus melencung ke rumah Fizan saja lah. Alhamdulillah. Perut yang sejak tadi berkeroncong sakan pun terubat sudahlah dengan hidangan yang enak-enak belaka di rumah Fizan n Kak Wan. Thank u soo much. Tahun lepas kat rumah aku ada buat open house tapi tahun ni maybe tak dak lah kut. Tapi kepada sesiapa yang nak datang kerumah aku ni, di persilakan. Bukannya tak mau buat open house tapi memandangkan sekarang dah ada anak kecil n my hubby pulak tak dapat cuti raya kali ni so susahlah sikit. Insyaallah ada rezeki dan masa yang sesuai nanti kami buatlah.

Raya 1 : Kat rumah Fizan n Pak Abu.
Tuan rumah Fizan n Kak Wan.



Di rumah Pak Abu n Cik Siah.





Raya 2 : Rumah Abang Mail & Kak Ani serta Rumah K.Mazni & Marchello.


i rumah Abang Mail & Kak Ani.



Di rumah Kak Mazni & Marchello.




Raya 3 : Ke Open House Malaysia Hall, London, Rumah Kak Siti & Rumah Kak Zuraiha/Kasubi

Open House Malaysia Hall London.





Di Rumah Kak Siti & Family.




Di rumah Kak Zuraidah/Kasubi.

Kaylah setakat ini lah dulu citer tentang raya ni.....nanti kita citer lain dalam the next chapter. Tata !!!








0 Comments:

Post a Comment

<< Home