Tuesday, October 16, 2007

RAMADHAN TIBA LAGI.....1428 MASEHI/2007 !!!

Tup,tup,tup......Rupanya dah masuk Bulan Ramadhan. Rasanya baru ja sambut Ramadan pada tahun lepas. Hai masa berjalan semakin hari semakin pantas. Usia pun semakin hari semakin meningkat setahun ke setahun. Lagi beberapa hari sebelum masuknya bulan Ramadhan Bos aku ada membuat kenduri sempena menyambut Ramadhan. Aku sefamily juga mendapat jemputan pada majlis hari itu. Banyak jugak juadah yang dihidangkan. Terima kasih diucapkan kepada my bos sefamily yang menjemput kami ke majlis ini. Alhamdulillah majlis di rumah bos aku pun berlangsung dengan jayanya.

Pada bulan Ramadhan kali ni aku tak banyak sangat berbuka puasa di rumah memandangkan dah ada baby ni, bukannya apa....balik keja ja masa dah pun hampir nak berbuka. Si Farhah pulak sibuk nak orang main dan melayannya. My hubby pulak bila aku balik nak lah rehat sekejap almaklumlah dah mengasuh Farhah hampir separuh hari, lepas tu nak keja pulak. So my hubby n aku pun bersetuju untuk berbuka puasa ja di luar. Selalunya Nahar Cafe lah yang sering menjadi kunjungan kami disepanjang bulan Ramadhan ni sebab nak parking pun senang. Tapi ada juga aku mendapat jemputan berbuka puasa dengan malaysian agency di sini seperti Maybank. Adalah jugak aku n my hubby berbuka puasa di Malaysia Hall Cantin dalam sekali dua tu. Suasana berbuka puasa di Malaysia Hall ni agak meriah jugak di tambah dengan bermacam aktiviti yang dianjurkan sempena bulan yang mulia ini seperti ceramah Nuzul Quran, nasyid, pertandingan azan, hafazan dan bermacam-macam lagi. Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan kepada kita semua....Amin.


Majlis berbuka puasa bersama Maybank London.





Majlis berbuka puasa di Malaysia Hall, London.




0 Comments:

Post a Comment

<< Home