REGENT PARK , LONDON.
SUSU TIME!!!!!
Nampaknya Farhah pun dah keletihan dan lapar susu. So abah pun berehat bersama Farhah sekejap sementara ibu pulak tak habis-habis dengan tangkap gambarnya.Hehehe.....
Gaya seorang bapa mithali sedang memberikan susu kepada anaknya.
Banyaknya bunga ros di sini.....Tapi sayangnya,tak boleh nak petik,hhmmm kalau tidak alamatnya dah lama licinlah bunga-bunga ros yang ada kat sini ni. Geram-geram. Tak dapat petik pun, dapat tengok pun jadilah, yer Farhah. Sebenarnya masuk kali ni dah tiga kali aku ke sini. First time bersama dengan my hubby dan my parent in-law, second time dengan my hubby and now dengan our baby. Walaupun ni dah kali ketiga aku ke sini, tapi tak da lah rasa jemu pulak, mungkin disebabkan pabila melihatkan bunga ros yang banyak dan berwarna-warni kat sini hati pun jadi riang dan tenang . Sekejap ja rasanya masa berlalu....tup-tup baby aku pun now dah pun lima bulan.
Seperti biasalah bila ja weekend mesti terfikirkan apalah aktiviti yang hendak dibuat. Pening-pening. Bosan pun ada jugak. Tak tau nak gi ke mana.....Maka kami tiga beranak pun menuju ke kedai makan Nahar kerana perut pun dah mula menyanyikan lagu keroncong yang tak henti-hentinya. So....kita pi soru dulu, lepas tu baru fikir apa aktiviti seterusnya. Selesai sudah soru kat Nahar, apa lagi perut pun dah kenyang dan terfikir pulak Regent Park. Jalan-jalan kat regent park pun jadilah. Janji dapat cuci mata dan menghirup udara segar kat sana. Farhah pun kemain gembira lagi. Apa tak nyer.....asyik terperap ja kat rumah boring jugaklah dia. " Huray-huray", nampaknya Farhah pun gembira tak terkira. Abah pun apa lagi, terus saja pecutkan kereta ke Regent Park. Sebenarnya di Regent Park ni bukan saja ada park yang cantik tapi juga terdapat Regent Mosque di sini. Regent Mosque ni merupakan masjid yang terbesar dan cantik kat kota london ni. Tapi sorrylah sebab kat dalam ni tak dapat nak masukkan gambar Mosque ni, sebabnya kita orang tak lalu dekat area situ pada ari tu. Sebenarnya kami ke Regent Park ni pada bulan sudah. Tapi tak sempat nak updatekan blog ni. So, ni lah baru ada masa free nak updatekan. Maaflah yer.....
Semasa ke Regent Park ari tu nampak Farhah seronok sekali, tambahan pulak banyak pula merpati yang berterbangan di Regent Park pada ari tu.SUSU TIME!!!!!
Nampaknya Farhah pun dah keletihan dan lapar susu. So abah pun berehat bersama Farhah sekejap sementara ibu pulak tak habis-habis dengan tangkap gambarnya.Hehehe.....
Gaya seorang bapa mithali sedang memberikan susu kepada anaknya.
Nampaknya angin pun dah mula kuat suasana pun dah bertambah agak dingin so, kami pun membuat keputusan untuk pulang saja selapas selesai abah memberi Farhah minum susu. Farhah pun nampaknya betul-betul keletihan. Sampai ja ke kereta dia pun dah tertidur. Zzzzzz...........
0 Comments:
Post a Comment
<< Home