MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL AT MALAYSIA HALL, LONDON.
Pada setiap hari Khamis malam Jumaat ada majlis bacaan Yasin & Tahlil diadakan di Malaysia Hall ni. Kepada sesiapa saja yang ingin datang, dialu-alukan ke majlis ni. Jadi dikesempatan ini aku pun mengambil peluanglah jika ada masa yang terluang tu untuk ke majlis ini. Majlis ni bermula pada jam 6.30 petang dan selalunya berakhir dalam pukul 8.00 malam. Seronok juga bila ke majlis ni, bukan saja ada bacaan Yasin dan tahlil malah selepas ja selesai tahlil, ustaz akan memberi sedikit ceramah ringkas sebagai panduan untuk kita bersama. Selain daripada tu....ia juga dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kita sesama saudara muslim. Alhamdulillah. Setiap akhir majlis ni juga ada disediakan juadah untuk hidangan bersama yang seringkali disponserkan oleh pihak-pihak yang tertentu. Alhamdulillah syukur dan jutaan terima kasih diucapkan kepada mana-mana pihak yang sering membawa bekal makanan ke majlis ni. Semoga dilimpahi rezeki dan diberkati Allah S.W.T selalu hendaknya. Kalau ke majlis ini ja, dah tentulah Farhah pun akan ikut serta sekali ke majlis ni. Pada mulanya aku agak was-was juga......bukannya apa, bimbang takut dia buat hal pulak nanti bila dah lama kat sana. Tapi Alhamdulillah.....sporting dan suka pulak dia bila ke sana. "Baik anak ibu ni, lain kali kita datang lagi ya". Hah lega rasanya bila melihatkan Farhah pun ok ja. Tapi bekalan susunya mestilah kena mencukupi bukannya apa kalau syeikh dia dah mai lapar......mesti kena bagi cepat-cepat,kalau tidak nanti satu Malaysia Hall dapat dengar jeritannya tu.
Mai la kita meramaikan majlis agama ni beramai-ramai. Tata.....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home