Jalan-Jalan Cari Makan!!!
Bosan sungguh bila memikirkan hai kat mana la....nak pegi dengan suasan yang sejuk gedi macam ni kat london ni. Habis-habis pikir ajalah pasal makan.....So bila memikirkan ja pasal makan kat london ni....biasa ja lah kat sini bukannya banyak kedai dan restoran macam yang di malaysia tu boleh pilih saja apa nak dimakan dan terus pegi kat mana-mana ja kedai yang terasa tekak ni nak makan. Banyak tu memanglah banyak tapi banyak yang tak halal. So nak mencari yang halal tu aduh!!!naik pening memikirkannya. Ni lah restoran yang selalu kami pi di antaranya Bonda cafe (dulunya Nahar cafe), Holiday Villa hotel and Malaysia Hall kantin. Sesekali tu aku adalah juga pi ke Nandos (halal branch) di sini. Lepas tu aku dapat info from my boss yang ada Thai food restoran Halal kat sini. Owner dia orang melayu Muslim kita juga. So bila mendengarkan banyak yang memberikan komen OOOOOsedap!!! Aku n my hubby pun apa lagi terus ja mencari restoran tersebut. Memang betullah seperti apa yang dikata-katakan orang sebelum ni sedap terutamanya The Tomyam. Uhhh memang sedap sungguh. Hehhe Alhamdulillah puas hati makan di sini dengan harganya pun berpatutan. Setakat ni dah 3,4 kali jugak lah aku n my hubby serta Farhah ke sini. Siap bagi tau lagi ke kawan-kawan aku yang lain.
Haaaa....dan info yang terkini aku terima pula ada pulak Subway Halal baru buka di Bayswater sini. Ha yang ni tak try lagi. Insyaallah next time pulak. So sekarang ni bertambahlah sikit pilihan kami kali ni. Oh ya satu lagi lupa pulak tentang roti canai. Pasal roti canai dan mertabak ni pula aku cukup suka makan di Oriental city food court. Mamak malaysia punya roti canai.Uhhh lazat. Tapi oriental city ni dah nak tutup pun pertengahan Mei ni. Aku tak taulah kat manalah pulak nanti depa nak pindah. But harap-harap tu depa bukaklah juga kedai kat area london-london ni lah juga. kalau tidak kempunanlah aku nak makan roti canai mamak ni lagi.Hhehe. Aku pun sebenarnya suka juga makan makanan arabic. Simple but ok lah. Sebelum ni aku ada try Iranian n lebanese restorant. Potionnya besar walaupun utk sorang makan. So aku syer je lah dengan my hubby. Tapi makanan depa ni banyak bergrill n bersalad. Ok lah kalau yang suka makan kering-kering tu. But aku still enjoyed with the food. Kepada sesiapa yang datang ke london ni nak cari makanan yang halal tu tak lah susah sangat sebab kat sini pun banyak orang muslim seperti orang arab,pakistan,bangladesh dan melayu di sini. Cuma tak lah semeriah pilihan makanan yang ada di malaysia tu. Tapi kalau dah ke sini tu jgnlah kira convert duit malaysia nanti alamat tak makanlah. Mana taknya teh tarik saja dah lebih kurang £1.00 = RM6++ belum yang lain lagi. Makan-makan tapi biarlah berpada-pada. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan....Hehehe tapi sesekali nak merasa yang enak-enak tu no problem. Asalkan jangan berlebih-lebihan membazir tu sudahlah.
Menjamu selera di kedai halal Thai Food Restaurant "Number One Cafe".
Ni pulak kat Holliday Villa Hotel London.
Salah satu makanan yang di makan di restoran Iranian.
Ni pulak cheng...cheng....breakfast menu yang disediakan oleh chef Nuzul Huda.....
Bihun goreng sosej ayam bersama cili kicap....heheheh!!!Lazat ni mau ka???
Ok, c u in next chapter....TaTa!!!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home