Jamuan Kecil-Kecilan Sempena Penutup Syawal.
Farhah dan Abah pun turut sibuk bershopping bersama ibu di Saintbury's .
Pejam celik-pejam celik Syawal pun dah meningggalkan kita....Pantas sungguh masa berlalu. Pada mulanya aku n my hubby ingat tahun ni malaslah nak buat makan-makan kat rumah memandangkan dah ada sikecil sorang ni. Tambahan pulak my hubby pun kali ni pack betul waktu kerjanya sampaikan ke weekend pun terpaksa buat overtime. Tapi entah kenapa bila terfikirkan ramai pulak student brunei (tempat my hubby keja) dan student-student yang duduk kat Mara House asyik tanya je " Bila kak n bang din nak buat makan-makan kat rumah ni,kami nak pi?". Hai kesian pulak aku n my hubby kat adik-adik ni. Fikir-fikir punya fikir tetiba ja teringat yang 8/11/2007 tu aku ada cuti deepavali. Kebetulan pulak ari tu jatuh hari Khamis, so aku pun apa lagi terus buat keputusan nak ambil cuti hari Jumaat tu. Jadi 4 hari directlah aku dapat cuti walaupun my hubby terpaksa kerja overtime juga weekend tu. Alhamdulillah lega rasanya dapatlah tunaikan hajat adik-adik ni walaupun taklah sebesar mana jamuan yang dibuat pada hari Sabtu tu. So aku n my hubby pun menjemputlah adik-adik ni dan kawan-kawan terdekat untuk hadir ke rumah aku ni. Pada sapa-sapa yang tak mendapat jemputan tu kali ni kami sekeluarga mohon maaflah banyak-banyak, bukannya tak nak panggil tapi majlis ni pun dibuat ala kadar dan kecil-kecilan sahaja. Insyaallah next time ada rezeki kami buat lagi dan berharap dapatlah menjemput yang lain-lain lagi tu ya.
Apa yang aku sempat buat pada hari tu ni lah sahaja menunya.....Mee Udang (Resepi my mummy), Tiramisu , Puding Lapis Kek Kurai, Rojak Buah Penang, Karipap (Frozen punyer goreng saja) dan juga beberapa menu sampingan disediakan seperti keropok udang, kueh raya dan sebagainya. Asalnya nak buat juga nasi lemak tapi memandangkan dah letih sangat dan tak cukup kakitangan nak membuatnya so....dibatalkan sajalah niat nak buat nasi lemak tu sekali. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun agak penat tapi keseronokan tu tetap ada. Walaupun jamuan ni agak sederhana dan kecil-kecilan tapi meriah jugak dibuatnya dengan hilai tawa dan lawak jenaka terutamanya pada si Nuri yang tak habis-habis asyik membuatkan orang tertawa sahaja pada ari tu. Insyaallah next time ada dimurahkan rezeki kami buat lagi.
Farhah pulak satu hari tu asyik bergembira sakan dia. Mana taknya ada teman bermainlah katakan pada hari tu. Banyak yang asyik melayan keletahnya tu. Sehinggakan nak salin baju tidur pun Farhah dikerumuni ramai kakak-kakak dan abang-abang di sekelilingnya. Happy sungguh lah dia ari tu.....Heheheh....lega-lega .
Ok lah setakat ni lah dulu yer....Nanti jumpa lagi di lain chapter. C u sooonnnn......
0 Comments:
Post a Comment
<< Home