CITER PASAL RAYA LAGI....LAGI-LAGI OPEN HOUSE!!!
Aidilfitri tahun ni, rasanya lebih banyak jemputan open house yang aku terima. Rasanya seingat aku la...tak satu pun yang aku n my hubby tak pegi.....heheheh!!! Makan lah katakan....Alhamdulillah rezeki yang mencurah-curah ni sempena Aidilfitri yang mulia. Terima kasih lah sekali lagi kepada sesiapa yang sudi menjemput kami ke rumah mereka tu yer. " Terima kasih daun keladi, tahun depan jangan lupa jemput lagi". Raya keempat pada mulanya aku n my hubby ingat nak lepak-lepak ja kat rumah memandangkan dah tiga hari raya berturut-turut mendapat jemputan ke open house so ingatkan masuk ari keempat raya ni mungkinlah tak ada memandangkan ramai yang dah mula bekerja di sini. Tup,tup,tup phone pun berdering. Rupa-rupanya my boss yang call menjemput kami ke rumahnya. Alhamdulillah open house lagi. Banyak juga juadah yang disediakan oleh shef Norazlina (my boss wife). Sedap-sedap belaka. Thank u so much diucapkan pada my boss sefamily.
Ni lah Chef Norazlina.
Kat rumah My Boss bersama tetamu yang hadir pada hari tu.
Aidilfitri pun terus berlalu dari sehari ke sehari sekejap saja dah pun seminggu ke seminggu. Boleh dikatakan setiap weekend pun ada saja jemputan open house yang kami terima di sepanjang bulan Syawal ini sehinggalah ke penghujung Syawal. Alhamdulillah semoga di bulan Syawal ini bertambahlah keberkatan kepada kita semua. AMIN!!!
JAMUAN RAYA DI BRUNEI HIGHCOMMISSION & BRUNEI HALL, LONDON.
BERAYA DI RUMAH EN.BAKAR & RUMAH KAK WATY....
MENGHADIRI JAMUAN RAYA LOCAL STAFF DI MALAYSIA HIGHCOMMISSION.
JAMUAN RAYA DI DORCHESTER HOTEL (BRUNEI STUDENT UNION)
BERAYA DI RUMAH EN.ANUAR (BRUNEI HICOM) & DI RUMAH CHEF SYAWAL.
Open house punya pasai berat badan aku n my hubby pun rasanya dah semakin bertambah. Alamak baju dah ketat lah.Aduhhhhh!!!! Nak kena diet balik lah ni. Isykk,isyk,isyk tak perasan pulak dah makan banyak di sepanjang bulan Syawal ni. Mana tak nyer....asyik main bedal je apa saja hidangan yang disajikan. Ni lah padahnya....Huwaaaa!!! Apa-apa pun rezeki dah depan matalah katakan takkanlah nak tolak pulakkan. Rugi-rugi kalau tak makan. Tak pe lah lepas ni kita diet balik. Heheheh....
Akhir sekali salam untuk semua !!! Tata....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home