Cerita pasal bab halal haram ni tetiba ja aku terfikirkan nak tengok filet o fish yang selalu aku beli di McDonald's ni halal or tidak bahan yang digunakan serta cara pembuatannya. Hal ni tertimbulnya di kepala otak ku bila ada satu mamat egyption kat sini bagi tau fish n chips kebanyakannya tak halal sebab dia masukkan lard (yang diperbuat daripada pork) untuk merangupkan fish yang digoreng. Aku pun apa lagi terus buka internet dan cari maklumat pasal ni. Maklum ajalah peminat setia Fish n Chips ni. Hai ruginya kalau lepas ni dah tak boleh makan lagi. Tetiba ja terkeluar pula pasal promosi " MCDONALD's HALAL " ni kat internet. Aku pun terus saja ambil alamatnya. Excited betul rasanya pada masa tu nak pegi ke sana. Aku pun terus bagi tau my hubby n my friends pasal ni. My hubby pun said ok la cam tu. Jom kita pi...tom-tom pun dah ada!Hurey plan pun dibuat lepas tu on weekend(Bulan 11 yang lalu). Mc Donald ni terletaknya kat Southall Broadway. Owner dia Pakistani, namanya Mr.Atul. Maklum sajalah kat southall ni banyak bangsa Pakistani,Bangladesh, India n Singh. Kat sini pun banyak Muslim People. Betul-betul dekat dengan McDonald's ni ada Masjid Abu Bakar Al-Siddiq. Banyak sungguh restoran besar-besar kat sini yang kebanyakannya Halal belaka. Sweet Centre pun banyak kat sini. Sesiapa penggemar ladu tu bolehlah mai kat sini. Bermacam-macam pilihan boleh dibuat. Eeemmmmm lazatnya!!! Market pun banyak kat sini yang menjual pelbagai jenis benda yang terdiri daripada makanan,pakaian, perhiasan dan lain-lain lagi. Bak kata orang 3 dalam 1 lah.
Kat McDonald's ni yang halal semuanya yang terdiri daripada chicken kecuali chicken salad dia non-halal. All meat dia tak halal. Tapi walaupun chicken saja yang halal aku tetap puas hati bila makan legend burger dia n chicken select. Crispy dan enak. Kepada yang teringin tu...bolehlah datang ke sini menikmati hidangan ni. Sewaktu menikmati hidangan di restaurant ni Alhamdulillah lah Farhah pun ok dan seronok dia. Walaupun Farhah tak dapat makan lagi di McDonald's ni tapi dia gembira sungguh bila dapat belon McDonald's. Seronok sungguh dia sehingga sekarang belon tu masih ada kat dalam baby cot Farhah tapi dah semakin kecil dah sekarang ni. Nanti Farhah dah besar ibu bagi makan yer. Aku cuba bagi juga Farhah pegang chips yang diorder tu tapi dia tahu pegang dan meramas-ramasnya saja sampai hancur. Rupanya Farhah tak pandai lagi makan chips tu. Tak pe lah. Next time yer sayang.
Aksi-aksi Farhah Widad Semasa Di McDonald's.
Oh ya, terlupa pulak nak bagi tau kepada sesiapa yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang McDonald's Halal ni bolehlah taipkan McDonald's Halal Trial at Southall Restaurant di laman web. Kaylah , cau dulu nanti jumpa lagi di lain chapter. Tata....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home