Monday, February 25, 2008

Oh Shopping Day !Oh Shopping Day!!!
Tiba ja di setiap hujung tahun maka sibuklah semua orang bercerita tentang jualan murah yang famous di UK ni. Selalunya di UK ni famous dengan sale besar-besarannya 2 kali setahun iaitu bulan 6 dan bulan 12. Kebanyakannya sale rata-rata 50% - 75%. Sehingga ada store yang menawarkan morning sale start dari jam 5.30 pagi hingga pukul 8 malam untuk 2 hari berturut-turut. Walaupun start pukul 5.30 pagi berduyun-duyun manusia dah beratur-ratur di depan pintu masuk store ni. Selalunya "Next store" yang selalu membuat tawaran morning sale ni. Akulah salah sorang yang pernah berkunjung ke morning sale ni. Naik penat dan pening pun ada masa tu. Tapi bestlah juga bila dapat benda yang berkenan di hati tu dengan harga yang murah daripada selalu.

Boxing day (Selepas krismas day - 26/12) adalah tarikh yang senantiasa ditunggu-tunggu oleh para pembeli. Bukannya apa selalunya selepas krismas ni barang lagi turun harganya berbanding sebelum krismas. Aku pun juga tak lepas peluang pada hari tersebut. Boxing day kali ni aku mengambil keputusan untuk pegi ke bicester village with my family n Abdillah (Student Brunei) ke shopping outlet ni. Banyak barangan yang berjenama mahal boleh didapati dengan harga yang murah daripada biasa di sini seperti Timberland,Aquacutum, DKNY,Levis,Polo Ralp Lauren dan bermacam-macam lagilah. Tapi kekadang tu kena berhati-hati juga ada barang yang masih lagi mahal dan kurang offernya. Sebenarnya di UK ni terdapat banyak lagi outlet yang boleh didapati di sini seperti Swindon, Braintree, Ashford dan banyak lagilah. Tapi sale dalam tahun ni lah aku paling banyak ke shopping outlet selama aku tinggal di sini. Hai seronoknya. Walaupun tak lah borong habis-habisan tapi keseronokan tu tetap ada bila dapat berjalan-jalan makan angin ni. So enjoyed!!!
Shopping at Bicester Villagi Outlet,Oxford.


Di Swindon shopping outlet.

Di Ashford, Kent shopping outlet.
Ok bye cau dulu.....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home