Monday, February 25, 2008

Terkini Info Tentang Farhah Widad!!!
Farhah Widad sekarang dah pun 11 bulan+++ . Tak lama lagi 4/3/2008 ni dah nak masuk setahun pun. Cepat sungguh masa berlalu. Untuk pengetahun family dan semua kawan-kawan di m'sia Farhah dah boleh sebut beberapa perkataan dah sekarang ni. Di antaranya ialah MAMA,ABAH,ADIK,KAKAK,TATA DAN BYE. Tapi sebutan yang paling digemarinya ialah KAKAK. Farhah dah ada 4 batang gigi sekarang ni. 2 di bawah dan 2 di atas. Farhah pun dah boleh berdiri sambil lepas tangan sekarang ni. Sekali sekala dia akan berjalan kadang-kadang tu 1,2 langkah jatuh dan kekadang tu boleh dah sampai 3,4 langkah dan lepas tu jatuh semula. Hahaha geli hati kami di sini bila melihatkan telatahnya tu. Pantang saja nampak orang berdiri, tak kiralah orang tu mat salleh ka, orang itam ka,pompuan ka,laki ka, dia tak peduli asyik dipanggil dan menyuakan tangannya minta diambil. Paling membuatkan ramai orang sukakannya ialah bila melihatkan Farhah Widad ni sentiasa mengukirkan senyuman dibibirnya. Happy go luckylah orang kata. Ada yang panggil dia "Happy Baby". Sebenarnya semenjak aku pregnantkan Farhah Widad lagi setiap kali doktor or midwife memeriksa bunyi di perut aku mereka selalu berkata pada aku yang baby di dalam perut aku ni happy baby. Alhamdulillah anugerah Allah diberikan anak yang ceria. Mungkin juga nama yang diberikan kepada Farhah juga bersesuaian dengan dirinya iaitu "Farhah Widad yang bermakna Kegembiraan Kasih Sayang".
NI LAH GAMBAR FARHAH WIDAD SETELAH MENJANGKAU UMUR 11 BULAN...



Kaylah....Setakat inilah dulu info tentang My lovely Farhah Widad....Nanti jumpa lagi!!!







2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Attention!

6:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

See Here or Here

2:51 PM  

Post a Comment

<< Home