Thursday, March 27, 2008

FARHAH WIDAD B'DAY !!!

Farhah sekarang dah pun menjangkau umur genap 1 tahun. Alhamdulillah semakin membesar dah anak ibu sekarang ni. Bertambahlah pulak karenahnya yang seringkali mencuit hati kami sekeluarga. Birthday Farhah sepatutnya pada 4/3/2008 ari tu tapi memandangkan ari tu jatuh pada hari orang bekerja so aku and my hubby pun mengambil keputusan untuk membuat sedikit majlis kenduri kecil-kecilan di rumah kami sempena b'day Farhah yg pertama pada 8/3/2008. Kebetulan pulak pada 7/3/2008 tu my sister in-law pun sampai di sini from Malaysia. Bertambah meriahlah lagi keadaan dengan kedatangan kakak ipar aku ke sini. Kerja pun menjadi ringanlah sikit pabila ada orang yang dapat melayan karenah anak kecil aku ni. Menu yang disediakan pun ala kadar dan yang ringkas-ringkas sahaja seperti spagetti,kek,ayam goreng, tiramisu,sandwich,creamy fruit salad dan lain-lain lagi yang mana dibawa oleh rakan-rakan aku di sini. Thanks to Lyza yang menyediakan Cheese cake sempena b'day Farhah dan juga pada Kak Mazni yang menyediakan popia pisang dan juga fruit salad with buah kabung. Terima kasih daun keladi nanti ada masa buat lagi.....heheheh. Tak lupa juga kepada semua tetamu yang sudi hadir pada majlis tersebut, jutaan terima kasih diucapkan. Harapnya semua hidangan dan layanan diberikan memuaskan hati anda. Kalau ada silap dan salah, or terlebih ka terkurang ka harap dimaafkan. Yang baik itu segalanya daripada Allah Taala dan yang kurang itu dari kami sendiri.

Birthday Cake Farhah...."Balerina Cake".

Farhah bersama Ibu,Abah dan Tok Wan Hashim semasa acara memotong kek.

Farhah bersama Ibu dan Cik Niza from Penang.

Farhah bersama kakak-kakak dan auntie-auntie.

Di antara tetamu yang hadir pada majlis sempena B'day Farhah yang pertama kalinya.



Farhah bersama b'day presentnya...."Thank uuuu"




0 Comments:

Post a Comment

<< Home