MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA!!!
Selamat Menyambut Hari Merdeka Yang Ke-49...
31 OGOS 2006
HIDUP NEGARAKU MALAYSIA YG KU CINTAI!!!

BUAT RENUNGAN DAN TATAPAN SEISI KELUARGA, RAKAN TAULAN DAN YANG MENGENALI DIRI INI....

Hai tak sabarnya rasa hati ni bila dapat tahu ja yang mertuaku akan datang menjenguk aku n my hubby kat Kota London ni. Setiap hari di kepala otak aku ni seringkali terfikirkan apa saja program yang aku ingin sediakan buat mertua aku nanti sewaktu mereka tiba di sini. Hai terfikir nak masak apa???,nak bawa berjalan kat mana???,nak shopping???,,,,,dan macam-macam lagilah sentiasa melayang-layang di benak fikiran aku ni. Seronoknya bukan kepalanglah lagi aku n my hubby di sini. Almaklumlah,ni lah first time my parent in law nak datang ke sini.
Pada tanggal 18/07/2006 ni lah tarikh yang aku tunggu-tunggu untuk melihat show RAIHAN secara terdekat sekali (depan mata betuilah katakan) yang diadakan di Hotel Holiday Villa London. Ni bukanlah setakat menonton shownya saja malah aku turut membeli tiket makan malam bersama Raihan lagi di hotel ni dan harganya pun boleh tahanlah....£25 sorang (Rm 175.00). But minat kumpulan nasyid yang terkenal ni punyai pasal tutup mata je lah membayarnya. Janji puas hati beb!!!
Hai merdunya nyanyian nasyid kumpulan Raihan ni....menusuk kalbu rasanya.....hehehe!!! Tak hairanlah kalau Raihan ni famous pun kat seluruh dunia ni, sampaikan Queen Elizabeth kat England ni pun meminatinya. Haa sape lagi tu yang kat sana minat Raihan cepat angkat tangan!!!!! Satu,dua,......lagi-lagi....hahaha!!!