Wednesday, August 30, 2006

MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA!!!
Selamat Menyambut Hari Merdeka Yang Ke-49...
31 OGOS 2006
HIDUP NEGARAKU MALAYSIA YG KU CINTAI!!!

Thursday, August 17, 2006

MERTUA OH MERTUAKU......

Hai tak sabarnya rasa hati ni bila dapat tahu ja yang mertuaku akan datang menjenguk aku n my hubby kat Kota London ni. Setiap hari di kepala otak aku ni seringkali terfikirkan apa saja program yang aku ingin sediakan buat mertua aku nanti sewaktu mereka tiba di sini. Hai terfikir nak masak apa???,nak bawa berjalan kat mana???,nak shopping???,,,,,dan macam-macam lagilah sentiasa melayang-layang di benak fikiran aku ni. Seronoknya bukan kepalanglah lagi aku n my hubby di sini. Almaklumlah,ni lah first time my parent in law nak datang ke sini.


Tanggal 24/05/06 pun tibalah masanya yang ditunggu-tunggu. Mertuaku pun sampailah lebih kurang pukul 6.00 petang di Heathrow Airport. Berdebar-debar juga rasanya semasa menunggu ketibaan mertuaku ni. Wah macam menteri pulak yang datang nye....heheheh....
Bila ternampak ja kelibat mereka berdua, hai betapa lega dan gembiranya rasa hati aku n my hubby.....bukan apa takut juga kalau-kalau mereka berdua tak berapa sihat n letih, maklum sajalah penerbangan memakan masa 13 jam daripada Malaysia ke London ni. Tapi bersemangat rupanya kedua-dua mertuaku ni.....Alhamdulillah syukur.

Selama 3 minggu mereka berada di Kota London ni. Ada saja program yang aku dah set kan untuk kami sekeluarga. Aku n my hubby pun tak lepaskan peluang mengambil cuti untuk bergembira dan berjalan-jalan bersama-sama mertuaku di sini. Nampaknya mereka sungguh ceria sekali sepanjang berada di sini. Banyak juga tempat-tempat yang aku n my hubby bawa mereka untuk dilawati. Diantaranya ialah Covent Garden,Royal Albert Hall(tempat yg ct nyanyi tu),Madame Tassaud,Big Ben, Buckingham Palace,Harrod,Portabello Market,Regent Park, Camden Town,China Town dan macam-macam lagilah. Ada juga tempat-tempat yang di luar kawasan London seperti Bicester Village(Shopping Outlet) dekat Oxford dan Bournmouth. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja program jalan-jalan yang di setkan. Alah, macam program 'Jalan-jalan cari makan' yang selalu ada kat tv3 tu,haa....tapi yang ini program'Jalan-jalan cuci mata' hehehe.....almaklum sajalah kat kota London lah katakan!!!
Seterusnya to be continue the next chapter di dalam "Mertua Oh Mertuaku Part 2"......Tata!!!

Wednesday, August 16, 2006



RAIHAN AT HOLIDAY VILLA HOTEL!!!

Pada tanggal 18/07/2006 ni lah tarikh yang aku tunggu-tunggu untuk melihat show RAIHAN secara terdekat sekali (depan mata betuilah katakan) yang diadakan di Hotel Holiday Villa London. Ni bukanlah setakat menonton shownya saja malah aku turut membeli tiket makan malam bersama Raihan lagi di hotel ni dan harganya pun boleh tahanlah....£25 sorang (Rm 175.00). But minat kumpulan nasyid yang terkenal ni punyai pasal tutup mata je lah membayarnya. Janji puas hati beb!!!
Hai merdunya nyanyian nasyid kumpulan Raihan ni....menusuk kalbu rasanya.....hehehe!!! Tak hairanlah kalau Raihan ni famous pun kat seluruh dunia ni, sampaikan Queen Elizabeth kat England ni pun meminatinya. Haa sape lagi tu yang kat sana minat Raihan cepat angkat tangan!!!!! Satu,dua,......lagi-lagi....hahaha!!!
Ni lah sedikit sebanyak semasa aku n kekawan sempat berposing bersama anggota Raihan di Hotel Holiday Villa London. Tapi sayangnya masa ni penyanyi utamanya Nazri dah pun keluar daripada Raihan untuk menjadi seorang pendakwah bebas dan mengurus businessnya sendiri. Walaubagaimana pun diucapkan 'Selamat Berjaya' kepada Nazri dalam segala apa jua yang ingin dilakukannya dan semoga diberkati ALLAH selalu. Tapi tak pe penyanyi utama yang menggantikan Nazri ni pun boleh tahan jugak suaranya......Haa nak tau namanya sape???? Same nama dengan my hubby jugak....Nordin. ' Eh Bang!! Janganlah jeoules pulak....Alah, nuzul minat suaranya je.....namun abang ku sayang juga lah yang menjadi buah hati pengarang jantung ku sorang ni!!!!' Alah si hitam manis ni, oh hitam manis, pandang tak jemu,yang hitam manis pandang tak jemu.....Hehehe!!!Eh apa pulak dok berlagu-lagu pulak ni....Hai sudah-sudah. Mai kita tengok pulak gambar-gambar bersama Raihan di Holiday Villa Hotel ni.....
Ya saksikanlah!!!

Ha....gambar yang kat bawah ni pulak gambar posing-posing kat Holiday Villa Hotel sementara aku dan kekawan nak cau balik rumah masing-masing. So, aku pun tunggu apa lagi sementara dah ada kesempatan ni, janganlah lepas peluang....berposinglah aku habis-habisan di sana.
Berita Terkini!!!
Ooops apa pulaklah ni yang si lyza dok tunjuk-tunjuk kat perut aku ni...Isyh,isyh,isyh....oi malulah...hehehe!!!Sebenaqnya ni lah aku nak bagi tau ni ada berita terkini sikit yang ingin aku sampaikan,,,,,,tau ape dia??? Sebenarnya pada tanggal 17/07/06 aku baru ja menerima satu berita gembira buat aku,my hubby n family yang aku dah pun 'Pregnant' sebulan setengah dah. Ini pun baru tau je...selepas aku pi scan pada hari tu. Macam mimpi pulak rasanya. Alhamdulillah syukur pada Allah yang mengurniakan rezeki ni. Tu lah pasal si lyza ni sibuk benar dok tunjuk perut aku ni.
Ini lah saja cita-cita buat masa ni yang dapat aku coretkan buat kalian semua....Insyaallah ada masa nanti aku coretkan lagi di lain hari.
Tata,titi,tutu......daaa....