Friday, March 27, 2009

Farhah At Excell, Dockland & Spring Time!!!















Tuesday, March 24, 2009

Aksi Farhah Widad!!!


video






Monday, March 16, 2009

video

MENARI SAMBIL BERTEPUK TANGAN

video

SUASANA DI SEKITAR B'DAY FARHAH.

Thursday, March 12, 2009

PENGARUH TV????



Memang betul lah setiap pesanan atau nasihat yg diberikan kepada setiap ibu bapa tu nak bagi anak tengok tv kena hati-hati dan mana yg tak berapa elok ditonton tu cepat-cepat lah ditukarkan rancangannya tu memang betul dan tepat sekali. Memang besar pengaruh televisyen ni. Tambahan pulak kepada anak-anak kecil yang menontonya. Kanak-kanak ni ibarat kain putih. Kita yang mencorakkannya.....tersilap corak or bentuk habislah ia....Ini sebenarnya daripada pengalaman aku sendiri. So ni lah ceritanya...Masa aku tengah dok leka masak memasak kat dapur aku tak perasan lah apa yang si kecil aku ni tengah buat. Tapi ada lah terperasan sekejap nampak macam dia tengah cuba keluarkan sebelah tangan bajunya. So aku pun buat tak reti lantas terus masak. Selesai saja masak kat dapur aku pun terus kemas sedikit apa yang patut kat atas meja kopi yang penuh berselerak dengan hadiah-hadiah b'day my little girl ni. Tiba-tiba ja bila meja tu lapang ja tiba-tiba aku tengok anak aku ni terus naik ke atas meja kopi tu dengan gaya bajunya yg seksi seperti penyanyi tu terus naik dan menyanyi sambil menari dengan menggunakan dummy phonenya sebagai mikrofon. Terkejut aku dibuatnya. Geram pun ada, nak tergelak pu ya jugak....anak aku ni...tak padan dengan umur baru masuk 2 tahun dah pandai dah tiru gaya yang macam ni....Ish,ish,ish....Farhah,Farhah. Tu lah kalau di Malaysia tu adalah selalu dengar Azan, ada rancangan mengaji kat tv dan macam-macam lagilah yg berunsur agama yg banyak boleh ditonton oleh kanak-kanak ni. Tapi kat sini apa nya asyik rancangan omputih ajalah. Pening kepala jugaklah dibuatnya. Tapi dari sini aku dah dapat mengetahui yang pemikiran anak aku ni dah semakin meningkat dan berkembang. So masa ni lah aku kena berhati-hati dan cuba untuk memberikan yg terbaik kepadanya supaya dengan IzinNya yang Maha Esa Farhah Widad dapat menjadi orang yang berguna dan berjaya di suatu hari nanti di dunia dan juga di akhirat nanti. Insyaallah....











Tuesday, March 10, 2009

FARHAH 2ND B'DAY!!!

Happy b'day to uuuu....happy b'day to uuuu...happy b'day to Farhah...happy b'day to uuuu...

Ibu dan Abah doakan semoga Farhah Widad menjadi anak yg solehah, dipanjangkan umur,dilimpahkan rezeki yg halal, anak yg pintar, cantik dan berjaya di dunia dan akhirat...Amin!!!

Begitu cepatnya masa pun berlalu...tup-tup Farhah pun dah menjangkau umur 2 tahun dah. So memandangkan b'day Farhah kali ni jatuh pada working day aku dan my hubby pun bercadang mengadakan sedikit majlis pada weekend lepas. Pada asalnya ingat nak bawa Farhah jalan je kat mana-mana tp memandangkan my hubby tak dapat cuti so aku dan my hubby pun bercadang buat sedikit majlis kecil-kecilan sempena b'day Farhah ni. Majlis kali ni dibuat di Restoran Prince Of Wales berdekatan ja..tak jauh dari rumah kami. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sekali. Farhah pun nampaknya begitu gembira sekali pada hari tu. Bila ditanya ja kepadanya..." Farhah Happy tak ari ni?"....di jawabnya balik" Happy". Tanya lagi "Best tak?" jawabnya "Best...(sambil ditunjukkan isyarat best dijarinya sekali dgn gaya yg bersungguh-sungguh)". Alhamdulillah seronok rasa hati ibu dan abah.

Terima kasih tak terhingga daripada kami sekeluarga di atas mereka yg sudi hadir memeriahkan lagi majlis tersebut dan juga jutaan terima kasih diucapkan di atas segala hadiah yg diberikan kepada Farhah Widad. Kepada yg tidak dapat hadir, Insyaallah ada rezeki nanti kita jumpa lagi di lain masa. Terima kasih juga kepada pihak restoran Prince Of Wales yg memberikan kerjasama pada hari tersebut terutamanya kepada En.Kamal yg telah membuat "surprise" kepada kami sekeluarga dengan menyiapkan hiasa sempena b'day party farhah ini. Terima kasih juga kepada Ustaz Suffian yg sudi membacakan doa selamat pada majlis tersebut. Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.







Keesokannya pulak kebetulan aku dan my friend lyza cuti sempena Hari Keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW so kami pun mengambil kesempatan dengan membawa Farhah berjalan-jalan di Picaddily. Sebelum keluar dari rumah sempat pulak suruh Farhah jadi model sekejap di rumah. Farhah pun sporting...apa lagi teruslah bergambar sakan pada tengahari tu...."CAYALAH ANAK IBU DAN ABAH NI....!!!"



THANKS TO ALL OF UUUUU.....INSYAALLAH ADA REZEKI KITA JUMPA LAGI DI LAIN HARI......TATA!!!