Wednesday, October 22, 2008

Open House Aidilfitri!!!
Selepas saja pulang daripada Malaysia kami sekeluarga pun dijemput ke "Open house" di rumah kenalan-kenalan kami di London ni. Alhamdulillah. Tak yah lah nak masak-masak on weekend. Tambahan pulak jet let dan penat balik malaysia pun masih dok terasa tak habis lagi ni. Terima kasih lah di atas segala undangan saudara-saudari sekelian dan juga pihak Surau Malaysia Hall London. First sekali undangan yang kami terima selepas pulang daripada Malaysia ialah daripada Kak Rosnah lebih kurang 3 minggu lepas. Sedap-sedap belaka hidangannya. Tambahan pulak Mak kak Rosnah pun masih ada dan sempat beraya di sini, bertambah meriahlah lagi suasana di rumahnya. Keesokan ja pulak aku bersama my bos menjadi tuan rumah pulak bagi "Open House For Felda Students" yang melanjutkan pelajaran ke UK ni, yang dibuat di Restoran Prince Of Wales yang terletak di Willesden Lane. Alhamdulillah semua persiapan bagi jamuan hari raya yang dibuat di sini pun ok kesemuanya. Segala jenis menu yang telah ditempah pun semuanya menyelerakan dan menyedapkan.Eeerrkkk.....Alhamdulillah, kenyang lagi. Baru saja Jumaat yang lepas Restoran Prince Of Wales jugak tak lepaskan peluang membuat "Open house" di kedainya sendiri. So sekali lagi kami mendapat jemputan ke sana. Terima kasih juga buat Ustaz Erfino sekeluarga yang sudi menjemput kami sekeluarga ke Jamuan Raya di rumahnya pada Sabtu yang lepas. Tapi malangnya kami tak dapat nak menghadirkan diri ke rumah ustaz disebabkan ada sedikit hal yang tak dapat dielakkan. Rasanya selagi tak habis bulan Syawal ni selagi itulah adanya "Open House". Alhamdulillah rezeki-rezeki raya.

Program Hari Raya Aidilfitri di Surau Malaysia Hall London.


Berhari raya di rumah Kak Rosnah di Stanmore.

Farhah berjenaka sakan dengan Tok Wan Abu dan Nek Siah.



Sempena Open House Felda London
(1) Gambar Family 2) My Family & My Bos Family
3) Bersama Kakitangan Prince Of Wale Restaurant
4) Makanan yang menyelerakan.

Para jemputan menikmati hidangan.

Abah sedang melayan karenah buah hatinya pengarang jangtungnya, Farhah Widad.

Prince Of Wales Open House!!!

Friday, October 17, 2008

GAMBAR HARI RAYA
&
AT PENANG AIRPORT (GOING BACK TO LONDON 5/10/08).

Gambar hari raya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan di Malaysia. Cuma terkilan sikit sebab terlupa tangkap gambar bersama keluarga mertua sewaktu raya disebabkan kesibukan dengan tetamu yang hadir, badan aku pun tak sihat sangat pada masa tu disebabkan kena alergi dan gatal-gatal dan ditambah pulak Farhah juga demam pada masa tu....so mood pun dah kurang. Nasiblah sempat juga bergambar bersama di Penang Airport sebelum berlepas ke London pada raya ke 5 tu. Sementara Syawal pun masih belum berakhir lagi, aku sekeluarga (Nuzulhuda,Noordin & Farhah) sekali lagi ingin mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin kepada semua Umat Islam dan juga kepada semua yang mengenali diri kami ini. Di sini aku abadikan gambar-gambar ini ke dalam slide yang telah aku buatkan ini untuk tatapan bersama....


Thursday, October 16, 2008

EMERGENCY...GOING BACK AGAIN TO MALAYSIA!

Tak disangka-sangka tahun ni akhirnya dapat juga beraya di Malaysia seperti apa yang dihasratkan di dalam hati sebelum ni. Ingatkan dah tak dapatlah nak balik raya memandangkan dah balik bulan 6 yang lepas. Tup-tup ada pulak emergency case yang membuatkan aku terpaksa pulang semula ke Malaysia. Sebenarnya emergency case sebab kami ada beli rumah kat Malaysia baru-baru ni. So pihak bank dah email kat aku pasal offer later ni dan bagi tempoh selama satu bulan untuk menandatangani surat penerimaan ni. Kebetulan pulak pihak pemaju pun beri tempoh yang sama juga untuk mengesahkan sama ada kami betul-betul jadi atau tidak membeli rumah tersebut. Rupa-rupanya sekarang ni para pembeli rumah yang mana tinggal di luar negara mesti pulang ke Malaysia untuk menandatangani perjanjian di antara pihak bank,guaman dan juga pemaju ni di depan pihak-pihak yang terlibat ni. Ini disebabkan banyak terdapat penipuan yang pernah terjadi sebelum ni yang berlaku pada pihak bank dan juga pemaju. Jadi walau macammanapun aku terpaksalah pulang juga kali ni untuk menguruskan hal tersebut. Alhamdulillah kali ni dah ditakdirkan aku sefamili dapat beraya di Malaysia bersama keluarga di sana. Proses pembelian rumah aku ni diuruskan oleh kakak aku di Malaysia. Terima kasih ler banyak-banyak sebab terpaksa sibuk berlari ke sana kemari menguruskan hal pembelian rumah kami ni. Segala proses berjalan dengan lancar. Alhamdulillah kini semuanya dah pun selesai. Kebetulan pulak memang tinggal rumah 2 berkembar ni saja lagi pada masa tu yg belum dibeli disebabkan ramai yang ingat rumah kat sini telah habis dijual memanjangkan tak banyak sangat rumah yang dibina di taman ni. Rumah berkembar ni cuma ada 3pasang saja(6buah rumah saja) so tu yang banyak ingat mesti semua dah habis. Alhamdulillah ni lah yang dikatakan rezeki. Agaknya dah ditakdirkan rezeki kami nak duduk dekat 2 beradik ni lah kut. Tak lah aku susah hati sangat lepas ni bila balik semula ke London apabila mengingatkan ada orang yang boleh tolong tengok-tengokkan rumah yang kami beli ni. Memandangkan kakak aku juga beli sekali rumah berkembar dengan aku ni. Hai excited rasanya nak duduk kat rumah baru ni. Hehehe....Insyaallah ada rezeki tak lama lagilah tu. Kali ni sempatlah kami berpuasa lebih kurang 8 hari kat Malaysia dan beraya sehingga hari raya ke 4. Raya ke 5 dah terbang semula ke London ni dan seterusnya berayalah pulak kat sini. Alhamdulillah perjalanan selamat dan berjalan lancar semuanya. Insyaallah nanti kita jumpa lagi. We miss all of u a lots. Mmmmuuuaaahhh!!!


"RUMAH KU"


FAMILY'S SLIDE!!!

Monday, October 13, 2008

Malaysian Week 2008 At London!!!

Malasnya....nak tulis-tulis ni.....ish-ish tak dak mood lah pulak la ni, idea pun tak mai....so korang tengok gambar ni lah ja yer untuk tatapan bersama.
Untuk pengetahuan korang Malaysia Week ni dibuat hujung bulan Julai ari tu bermula 30/07/08 - 03/08/08 dan bertempat di Pottersfield Park berdekatan sangat dengan London Bridge. Banyak persembahan kebudayaan dan kraftangan yang dibawa dari Malaysia ke sini.






Ok....C u soooonnnn.....
FRIENDS VISIT ... FROM GERMANY!!!

Lepas ja pulang daripada M'sia kami ada tetamu pulak pada bulan lapan iaitu Bob sefamily drpd Hamburg,Germany. Ni my hubby friends punya kawan sekampung lah jugak boleh dikatakan. Tapi sekarang ni dah menetap di Germany bersama wifenya org germany jugak dan dikurniakan sorang anak, namanya suria dan dah berumur 4 dah kalau tak silap aku. Ramah tamah jugak mereka ni pun. So dikesempatan ini kami pun membawalah mereka berjalan-jalan di sekitar London dan juga di outside london. Lagi pun ni lah first time depa turun mai london ni. Excited jugak lah nampaknya. Lapan hari depa duduk di london ni. Katanya seronok dan ada barang yang murah terutamanya kain cadar kat sini. Kat Germany katanya mahal dan tak cantik macam desing yang ada di london ni.....emmm ye ke????? Mungkinlah kut sebab depa memborong sakan beli duvet set sampai 5,6 pasang kat sini untuk di bawa balik ke Germany. Apa pun aku and family mengucapkan terima kasih kerana sudi datang melawat kami di sini dan sorrylah seandainya ada apa-apa yang terlebih ka, terkurang ka layanan semasa Bob sefamily ada di sini. Apa pun Farhah lah orang yang paling seronok sgt sebab ada tetamu di rumah yang dapat melayannya.....Heheh. Insyaallah ada rezeki nanti kami ke sanalah pulak.
Visit Beaconsfield Village bersama Bob sefamily.

Singgah sebentar bershopping di Outlet Shopping Centre,Bicester Village.



Menjelajah Longleat Safari Park .


Singgah sebentar di Stonhenge,Bath.

Sekian.....Tata!!!