Wednesday, April 09, 2008

APRIL SNOWWW!!!
Pada pagi Ahad lepas tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada my hubby mengatakan yang snow turun lebat pada pagi tu. Aku pun terus saja memandang ke luar tingkap di bahagian dapurku, lantas terus ku jerit "Kak Niza,snow-snow". Apa lagi kakak iparku pun terus meluru ke tingkap dapur sambil terjerit-jerit keseronokan " Eh,macam kat televisyenlah....bestnya". Sebenarnya plan asal kakak ipar aku sepatutnya balik ke Malaysia 23/03/08 ari tu tetapi memandangkan ada hal sikit kat sini maka ditunda pulak tiketnya ke 6/4/08. Tetapi kebetulan pulak hari yang sepatutnya kakak ipar aku balik pada 23 aribulan tu pun snow turun lebat jugak tapi tak stay sebabnya bercambur dengan air hujan. Kakak ipar aku still seronok almaklumlah pertama kali tengok snow, tak stay tak pa katanya ,janji dapat merasa dan melihat snow turun Alhamdulillah. Tup-tup tak sangka pulak hari yang betul-betul kakak aku nak pulang turun pulak lagi sekali snow dan kali ni snow lebat dan stay. Apa lagi seronok bukan kepalanglah lagi kakak ipar aku ni. Dapatlah bergambar dengan snow yang stay tu. Farhah dan aku pun tak lepas peluang juga bergambar pada ari tu. Tapi gambar Farhah pulak ditangkap menggunakan kamera kakak ipar aku so tak dapatlah nak masukkan kat dalam blog ni. Cuma gambar yang ada dalam camera handphone aku sajalah yang dapat aku pamerkan kat blog ni. Rezeki kakak ipar aku lah dapat bergambar dengan snow yang lebat dan stay sebelum dia balik...ni lah juga salah satunya pengalaman yang indah buat my sister in law sepanjang tempoh dia berada di sini sebelum dia bertolak pulang ke Malaysia. Alhamdulillah rezeki daripada Allah Taala.







Tuesday, April 08, 2008

Farhah Widad bersama Mawi World!!

Sebenarnya dah lama aku nak masukkan gambar Farhah ngan Mawi ni masa dia mai sini bulan 2 ari tu. Tapi asyik terlupa ja. Tetiba ja teringat pulak Farhah ada bergambar dengan si Mawi world ni bila tengok online kat internet pasal mawi menang anugerah bintang popular baru-baru ni. So apa lagi teringat pulak nak masukkan gambar Farhah bersama mawi dalam blog ni. Oh ya jangan lupa ya nanti tengoklah rancangan "Langkah Mawi" di astro kalau tak silap aku bermula april ni setiap hari Ahad kut. Bukannya apa sewaktu Mawi ada buat short show bersama pelajar universiti kat sini, aku pun dah lupa uni apa....aku,my hubby,farhah dan kekawan yang lain pun ada turut serta bersama menontonnya. So masa dia orang ni membeli cd mawi aku pun tak melepaskanlah peluang membelinya oleh kerana nak mendapatkan signature si mawi ni. Masa dah lepas mendapatkan signature tu aku pun berbuallah sekejap dgn si mawi ni so masa tu lah pihak astro ni rakamkan gambar aku n Farhah bersama Mawi masa tu. Kebetulannya orang yang ambik rakaman tu sekampung pulak dengan my hubby....soooo apa lagi......ambiklah peluang yang dah ada tu.Heheh!!!



Haaaa jangan main-main...bukan saja Mawi saja yang world, Farhah pun World tau!!!

Tata....

Wednesday, April 02, 2008

LAAAA MACAM ANAK JEPUN LA PULAK ANAK IBU & ABAH NI!!!
FARHAH BERSAMA IBU DAN MAK CIK DI MALAYSIA HALL,LONDON.

"AMBOI MENTANG-MENTANG LA MAK CIK ADA KAT SINI...BERGAYA SAKAN LA DIA DENGAN BERMACAM-MACAM GAYA YANG TELAH DISOLEK OLEH MAK CIK NIZANYA TU".


FARHAH SELEPAS DISIAPKAN MAK CIKNYA DI RUMAH...AMBOI AYUNYA DIA!!!