Monday, December 17, 2007

GAMBAR-GAMBAR AKSI FARHAH WIDAD YANG TERKINI!!!



TATA.....



INFO TERKINI !!! FARHAH DAH BELAJAR TATIH.....
Aik anak ibu ni dah nak belajar tatih dah??? Alhamdulillah semakin bagus perkembangan tumbesaran Farhah dari sehari ke sehari. Rasanya baru ja melahirkan sayangku ni...dan kini dah pun semakin membesar. Now Farhah pun dah 9mth+++. Tapi bila melihatkan anakku ini semakin membesar, kekadang tu terlupa pulak yang tahun ni juga rupanya aku melahirkan cahaya hati aku n my hubby ni. Alhamdulillah dengan anugerah Allah Yang Maha Esa kepada hambamu ini. Cahaya hati pengikat kasih. So saksikanlah gambar-gambar telatah Farhah yang kini sudah belajar tatih ni.....

Step 1....

Step2.....


Step 3...Hurrey!!!

Farhah dah boleh lepas

tangan....

MCDONALD's HALAL !!!



Cerita pasal bab halal haram ni tetiba ja aku terfikirkan nak tengok filet o fish yang selalu aku beli di McDonald's ni halal or tidak bahan yang digunakan serta cara pembuatannya. Hal ni tertimbulnya di kepala otak ku bila ada satu mamat egyption kat sini bagi tau fish n chips kebanyakannya tak halal sebab dia masukkan lard (yang diperbuat daripada pork) untuk merangupkan fish yang digoreng. Aku pun apa lagi terus buka internet dan cari maklumat pasal ni. Maklum ajalah peminat setia Fish n Chips ni. Hai ruginya kalau lepas ni dah tak boleh makan lagi. Tetiba ja terkeluar pula pasal promosi " MCDONALD's HALAL " ni kat internet. Aku pun terus saja ambil alamatnya. Excited betul rasanya pada masa tu nak pegi ke sana. Aku pun terus bagi tau my hubby n my friends pasal ni. My hubby pun said ok la cam tu. Jom kita pi...tom-tom pun dah ada!Hurey plan pun dibuat lepas tu on weekend(Bulan 11 yang lalu). Mc Donald ni terletaknya kat Southall Broadway. Owner dia Pakistani, namanya Mr.Atul. Maklum sajalah kat southall ni banyak bangsa Pakistani,Bangladesh, India n Singh. Kat sini pun banyak Muslim People. Betul-betul dekat dengan McDonald's ni ada Masjid Abu Bakar Al-Siddiq. Banyak sungguh restoran besar-besar kat sini yang kebanyakannya Halal belaka. Sweet Centre pun banyak kat sini. Sesiapa penggemar ladu tu bolehlah mai kat sini. Bermacam-macam pilihan boleh dibuat. Eeemmmmm lazatnya!!! Market pun banyak kat sini yang menjual pelbagai jenis benda yang terdiri daripada makanan,pakaian, perhiasan dan lain-lain lagi. Bak kata orang 3 dalam 1 lah.

Kat McDonald's ni yang halal semuanya yang terdiri daripada chicken kecuali chicken salad dia non-halal. All meat dia tak halal. Tapi walaupun chicken saja yang halal aku tetap puas hati bila makan legend burger dia n chicken select. Crispy dan enak. Kepada yang teringin tu...bolehlah datang ke sini menikmati hidangan ni. Sewaktu menikmati hidangan di restaurant ni Alhamdulillah lah Farhah pun ok dan seronok dia. Walaupun Farhah tak dapat makan lagi di McDonald's ni tapi dia gembira sungguh bila dapat belon McDonald's. Seronok sungguh dia sehingga sekarang belon tu masih ada kat dalam baby cot Farhah tapi dah semakin kecil dah sekarang ni. Nanti Farhah dah besar ibu bagi makan yer. Aku cuba bagi juga Farhah pegang chips yang diorder tu tapi dia tahu pegang dan meramas-ramasnya saja sampai hancur. Rupanya Farhah tak pandai lagi makan chips tu. Tak pe lah. Next time yer sayang.

My hubby n kawan-kawan sedang menikmati hidangan di McDonald's Restaurant.


Aksi-aksi Farhah Widad Semasa Di McDonald's.



Oh ya, terlupa pulak nak bagi tau kepada sesiapa yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang McDonald's Halal ni bolehlah taipkan McDonald's Halal Trial at Southall Restaurant di laman web. Kaylah , cau dulu nanti jumpa lagi di lain chapter. Tata....

Friday, December 14, 2007

Jamuan Kecil-Kecilan Sempena Penutup Syawal.




Farhah dan Abah pun turut sibuk bershopping bersama ibu di Saintbury's .



Pejam celik-pejam celik Syawal pun dah meningggalkan kita....Pantas sungguh masa berlalu. Pada mulanya aku n my hubby ingat tahun ni malaslah nak buat makan-makan kat rumah memandangkan dah ada sikecil sorang ni. Tambahan pulak my hubby pun kali ni pack betul waktu kerjanya sampaikan ke weekend pun terpaksa buat overtime. Tapi entah kenapa bila terfikirkan ramai pulak student brunei (tempat my hubby keja) dan student-student yang duduk kat Mara House asyik tanya je " Bila kak n bang din nak buat makan-makan kat rumah ni,kami nak pi?". Hai kesian pulak aku n my hubby kat adik-adik ni. Fikir-fikir punya fikir tetiba ja teringat yang 8/11/2007 tu aku ada cuti deepavali. Kebetulan pulak ari tu jatuh hari Khamis, so aku pun apa lagi terus buat keputusan nak ambil cuti hari Jumaat tu. Jadi 4 hari directlah aku dapat cuti walaupun my hubby terpaksa kerja overtime juga weekend tu. Alhamdulillah lega rasanya dapatlah tunaikan hajat adik-adik ni walaupun taklah sebesar mana jamuan yang dibuat pada hari Sabtu tu. So aku n my hubby pun menjemputlah adik-adik ni dan kawan-kawan terdekat untuk hadir ke rumah aku ni. Pada sapa-sapa yang tak mendapat jemputan tu kali ni kami sekeluarga mohon maaflah banyak-banyak, bukannya tak nak panggil tapi majlis ni pun dibuat ala kadar dan kecil-kecilan sahaja. Insyaallah next time ada rezeki kami buat lagi dan berharap dapatlah menjemput yang lain-lain lagi tu ya.






Apa yang aku sempat buat pada hari tu ni lah sahaja menunya.....Mee Udang (Resepi my mummy), Tiramisu , Puding Lapis Kek Kurai, Rojak Buah Penang, Karipap (Frozen punyer goreng saja) dan juga beberapa menu sampingan disediakan seperti keropok udang, kueh raya dan sebagainya. Asalnya nak buat juga nasi lemak tapi memandangkan dah letih sangat dan tak cukup kakitangan nak membuatnya so....dibatalkan sajalah niat nak buat nasi lemak tu sekali. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun agak penat tapi keseronokan tu tetap ada. Walaupun jamuan ni agak sederhana dan kecil-kecilan tapi meriah jugak dibuatnya dengan hilai tawa dan lawak jenaka terutamanya pada si Nuri yang tak habis-habis asyik membuatkan orang tertawa sahaja pada ari tu. Insyaallah next time ada dimurahkan rezeki kami buat lagi.


Farhah pulak satu hari tu asyik bergembira sakan dia. Mana taknya ada teman bermainlah katakan pada hari tu. Banyak yang asyik melayan keletahnya tu. Sehinggakan nak salin baju tidur pun Farhah dikerumuni ramai kakak-kakak dan abang-abang di sekelilingnya. Happy sungguh lah dia ari tu.....Heheheh....lega-lega .


Ok lah setakat ni lah dulu yer....Nanti jumpa lagi di lain chapter. C u sooonnnn......