Thursday, August 30, 2007

BIRTDAY PARTY AT AUNTIE MAZNI HOUSE !!!

Pada 15/07/07 yang lepas kami sekeluarga telah dijemput oleh kak Mazni & Marchello ke rumah mereka sempena birtday kak Mazni pada hari tu. Memikirkan tak ada apa aktiviti yang hendak dibuat pada hari tu,kami pun mengambil keputusan bertolak awal sedikit ke rumah kak Mazni lebih kurang pukul 1 lebih. Kami pun terus mengajak sekali lyza untuk pergi bersama memandangkan keta dibelakang pun hanya aku sorang saja dan lyza juga mendapat jemputan yang sama juga oleh kak Mazni n Marchello. Sepanjang perjalanan ke rumah kak Mazni Farhah nampaknya suka betul dia. Tak habis-habis mengumil-ngumilkan mulutnya. Hai terpaksalah abah dia melayannya sambil mendrive keta. Hehehe.....Mai la kita saksikan dialog Farhah bersama abahnya.........

(SEMASA DALAM PERJALANAN KE RUMAH KAK MAZNI)


" Abah....kita nak pi mana ni?"

ABAH : " Oh! Kita nak pi rumah auntie Mazni & uncle Marchello. Ada birthday party auntie Mazni
ari ni."



" Hurey !!! Bestnya."


(SAMPAI SUDAH DI RUMAH KAK MAZNI)

ABAH : " Kita dah sampai kat rumah auntie n uncle ni....Farhah duduk baik-baik ok?"


" Ok".

" Abah....farhah boleh makan kek tu tak?"

ABAH : " Ohhh....kek tu farhah tak boleh makan lagi. Farhah kecik lagi nanti dah besaq abah beli kat farhah kay?"

" Ok".


BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI KAT RUMAH AUNTIE MAZNI.





(SELESAI B'DAY PARTY KAT RUMAH AUNTIE MAZNI, PULANG KE RUMAH)

ABAH : " Farhah seronok ka...pi rumah auntie tu?Farhah tukaq baju pink pulak pasai pa?"


"Eemmmm......seronok.Farhah tukaq baju sebab tadi farhah muak sikit kena baju. Ibu kata bau masam. Lepas ni abah nak pi mana?"

ABAH : " Abah pun dah letih , sat lagi abah nak kena pi keja. Kita balik rumah lah ya?"


"Orright!!!"

Bye-bye.......C U again.....Tata!!!





















Thursday, August 16, 2007

MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL AT MALAYSIA HALL, LONDON.

Pada setiap hari Khamis malam Jumaat ada majlis bacaan Yasin & Tahlil diadakan di Malaysia Hall ni. Kepada sesiapa saja yang ingin datang, dialu-alukan ke majlis ni. Jadi dikesempatan ini aku pun mengambil peluanglah jika ada masa yang terluang tu untuk ke majlis ini. Majlis ni bermula pada jam 6.30 petang dan selalunya berakhir dalam pukul 8.00 malam. Seronok juga bila ke majlis ni, bukan saja ada bacaan Yasin dan tahlil malah selepas ja selesai tahlil, ustaz akan memberi sedikit ceramah ringkas sebagai panduan untuk kita bersama. Selain daripada tu....ia juga dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kita sesama saudara muslim. Alhamdulillah. Setiap akhir majlis ni juga ada disediakan juadah untuk hidangan bersama yang seringkali disponserkan oleh pihak-pihak yang tertentu. Alhamdulillah syukur dan jutaan terima kasih diucapkan kepada mana-mana pihak yang sering membawa bekal makanan ke majlis ni. Semoga dilimpahi rezeki dan diberkati Allah S.W.T selalu hendaknya. Kalau ke majlis ini ja, dah tentulah Farhah pun akan ikut serta sekali ke majlis ni. Pada mulanya aku agak was-was juga......bukannya apa, bimbang takut dia buat hal pulak nanti bila dah lama kat sana. Tapi Alhamdulillah.....sporting dan suka pulak dia bila ke sana. "Baik anak ibu ni, lain kali kita datang lagi ya". Hah lega rasanya bila melihatkan Farhah pun ok ja. Tapi bekalan susunya mestilah kena mencukupi bukannya apa kalau syeikh dia dah mai lapar......mesti kena bagi cepat-cepat,kalau tidak nanti satu Malaysia Hall dapat dengar jeritannya tu.


Mai la kita meramaikan majlis agama ni beramai-ramai. Tata.....

REGENT PARK , LONDON.


WOW!!!
Banyaknya bunga ros di sini.....Tapi sayangnya,tak boleh nak petik,hhmmm kalau tidak alamatnya dah lama licinlah bunga-bunga ros yang ada kat sini ni. Geram-geram. Tak dapat petik pun, dapat tengok pun jadilah, yer Farhah. Sebenarnya masuk kali ni dah tiga kali aku ke sini. First time bersama dengan my hubby dan my parent in-law, second time dengan my hubby and now dengan our baby. Walaupun ni dah kali ketiga aku ke sini, tapi tak da lah rasa jemu pulak, mungkin disebabkan pabila melihatkan bunga ros yang banyak dan berwarna-warni kat sini hati pun jadi riang dan tenang . Sekejap ja rasanya masa berlalu....tup-tup baby aku pun now dah pun lima bulan.

Seperti biasalah bila ja weekend mesti terfikirkan apalah aktiviti yang hendak dibuat. Pening-pening. Bosan pun ada jugak. Tak tau nak gi ke mana.....Maka kami tiga beranak pun menuju ke kedai makan Nahar kerana perut pun dah mula menyanyikan lagu keroncong yang tak henti-hentinya. So....kita pi soru dulu, lepas tu baru fikir apa aktiviti seterusnya. Selesai sudah soru kat Nahar, apa lagi perut pun dah kenyang dan terfikir pulak Regent Park. Jalan-jalan kat regent park pun jadilah. Janji dapat cuci mata dan menghirup udara segar kat sana. Farhah pun kemain gembira lagi. Apa tak nyer.....asyik terperap ja kat rumah boring jugaklah dia. " Huray-huray", nampaknya Farhah pun gembira tak terkira. Abah pun apa lagi, terus saja pecutkan kereta ke Regent Park. Sebenarnya di Regent Park ni bukan saja ada park yang cantik tapi juga terdapat Regent Mosque di sini. Regent Mosque ni merupakan masjid yang terbesar dan cantik kat kota london ni. Tapi sorrylah sebab kat dalam ni tak dapat nak masukkan gambar Mosque ni, sebabnya kita orang tak lalu dekat area situ pada ari tu. Sebenarnya kami ke Regent Park ni pada bulan sudah. Tapi tak sempat nak updatekan blog ni. So, ni lah baru ada masa free nak updatekan. Maaflah yer.....


Semasa ke Regent Park ari tu nampak Farhah seronok sekali, tambahan pulak banyak pula merpati yang berterbangan di Regent Park pada ari tu.



SUSU TIME!!!!!
Nampaknya Farhah pun dah keletihan dan lapar susu. So abah pun berehat bersama Farhah sekejap sementara ibu pulak tak habis-habis dengan tangkap gambarnya.Hehehe.....



Gaya seorang bapa mithali sedang memberikan susu kepada anaknya.

Nampaknya angin pun dah mula kuat suasana pun dah bertambah agak dingin so, kami pun membuat keputusan untuk pulang saja selapas selesai abah memberi Farhah minum susu. Farhah pun nampaknya betul-betul keletihan. Sampai ja ke kereta dia pun dah tertidur. Zzzzzz...........










Friday, August 03, 2007

KENDURI KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT DI PADANG SERAI, KEDAH.

Tanggal 02/06/07 umur Farhah pun hampir genap masuk 3 bulan. Sekejap ja....Farhah pun semakin hari semakin membesar. Dah pandai ketawa tak berhenti-henti dah dia kalau diacah. He...ramai jugak yang geram bila melihatkan telatahnya tu. Asalnya majlis kenduri ni nak buat pada 03/06/07 tapi ditukar pada 02/06/07 disebabkan takut ramai sedara mara yang tak dapat datang pada hari tu, almaklumlah pada masa tu pulak demam kenduri kat Malaysia...cuti sekolah lah katakan. Majlis kenduri ni pun tak lah besar mana....dibuat simple-simple jer. Awalnya planning nak buat sekali cukur jambul Farhah tapi memandangkan Farhah pun dah aktif pusing sana pusing sini so...dengan rambutnya yang dah agak tebal pulak tu, maka fikir punya fikir tak jadilah nak cukur rambutnya, cuma gunting sajalah sealakadarnya. Simple-simple pun penat jugak dibuatnya. Nasib baiklah jugak pakai katering my pak menakan(bapa saudara) aku.....legalah sikit. Bukannya apa, simple-simple pun sampai ke malamlah juga orang datang ke rumah parent aku ni....nak menjenguk ''Anak London'' lah katakan. Heheheh......
Ni gambar my family dan my family in-law semasa kenduri di rumah aku.
Gambar hubby bersama family dan sedara-mara yang datang.




Gambar aku,my sister and my mak menakan sedang berehat seketika selepas penat melayan tetamu yang datang ke rumah ku.




Bergambar bersama-sama my friends yang hadir pada majlis kenduri tersebut.



Akhir sekali diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir (sedara-mara,sahabat handai dan jiran-jiran terdekat) pada majlis tersebut. Tak lupa juga yang bertungkus lumus memberi kerjasama dalam menjayakan majlis kenduri kesyukuran ni walau tak sebesar mana pun....tapi penat tu tetap adalah kan....Terima kasih daun keladi, kalau ada lagi nanti jemput lagi....Hheeeemmm.....So jadi setakat ini lah dulu citer kali ni....Insyaallah nanti kita citer lagi di lain hari. Bye-bye!!!