Friday, October 26, 2007


SESUDAH SEBULAN BERPUASA, RAYA PUN MENJELMA.


DIUCAPKAN MAAF ZAHIR & BATIN
KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.


JAMUAN HARI RAYA OR OPEN HOUSE.
Selepas sebulan berpuasa, raya pun menjelma. Rasa riang pun ada, sedih pun ada. Maklum sajalah beraya di Kota London ni. Riang pabila dapat berjumpa rakan-rakan terutamanya pabila mendapat jemputan jamuan hari raya di rumah rakan-rakan kita di sini. Dalam suasana keriangan di hari raya tersemat juga rasa sedih dah hiba pabila tak dapat beraya bersama-sama keluarga tercinta yang berada di Malaysia. Teringat sekali ketupat rendang yang disediakan oleh ibuku di Malaysia serta masakan ibu mertuaku iaitu dalca kegemaranku dan my hubby. Tapi suasana hari raya di sini tetap juga meriah seperti biasa. Aku sefamily juga tak lepas daripada di jemput ke jamuan raya dan open house di sini. Boleh di katakan setiap hari dari hari raya pertama sampailah ke hari raya keempat ada saja aku sefamily mendapat jemputan. Setiap weekend ja ada saja jemputan diterima. Alhamdulillah rezeki-rezeki. Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjemput kami ke jamuan hari raya di rumah masing-masing. Semoga Allah memberkati dan melimpahi rezeki ke atas mereka semua.Amin. Ni lah first time Farhah menyambut hari raya di sini. Tapi nampaknya walaupun first time dia menyambut raya dan beraya kat sini, tapi dia tetap begitu seronok sekali. Malaysia juga ada membuat open house sempena raya baru-baru ni. Seperti biasa rumah TYT Dato Embassador kita juga di sini juga ada open house. Tapi sewaktu planning nak ke rumah TYT ni kami sefamily dah tersesat dan jalan pun jem pulak hari tu. Tup-tup-tup dah hampir 4.30 petang masih lagi tak sampai kat rumah TYT. Last-last rumah Fizan yang kami jumpa. So, kebetulan pulak Fizan pun ada menjemput kami sefamily ke rumahnya maka kami pun terus melencung ke rumah Fizan saja lah. Alhamdulillah. Perut yang sejak tadi berkeroncong sakan pun terubat sudahlah dengan hidangan yang enak-enak belaka di rumah Fizan n Kak Wan. Thank u soo much. Tahun lepas kat rumah aku ada buat open house tapi tahun ni maybe tak dak lah kut. Tapi kepada sesiapa yang nak datang kerumah aku ni, di persilakan. Bukannya tak mau buat open house tapi memandangkan sekarang dah ada anak kecil n my hubby pulak tak dapat cuti raya kali ni so susahlah sikit. Insyaallah ada rezeki dan masa yang sesuai nanti kami buatlah.

Raya 1 : Kat rumah Fizan n Pak Abu.
Tuan rumah Fizan n Kak Wan.



Di rumah Pak Abu n Cik Siah.





Raya 2 : Rumah Abang Mail & Kak Ani serta Rumah K.Mazni & Marchello.


i rumah Abang Mail & Kak Ani.



Di rumah Kak Mazni & Marchello.




Raya 3 : Ke Open House Malaysia Hall, London, Rumah Kak Siti & Rumah Kak Zuraiha/Kasubi

Open House Malaysia Hall London.





Di Rumah Kak Siti & Family.




Di rumah Kak Zuraidah/Kasubi.

Kaylah setakat ini lah dulu citer tentang raya ni.....nanti kita citer lain dalam the next chapter. Tata !!!








FARHAH WIDAD DAH PANDAI MERANGKAK !!! HAPPYNYER DIA...

Farhah dah pun 7 +++bulan sekarang ni. Tak lama lagi dah nak masuk 8 bulan pun awai bulan depan. Sekarang ni dia dah pandai merangkak. Seronok sungguh dia. Semakin lincah lagi lah dia sekarang ni. Tapi kelakar sungguh bila tengok gayanya bila dia dah mula merangkak. Mula-mula merangkak tu asyik stan ke belakang jer....now dah boleh stan ke depan dah...hahaha!!!

STEP 1 : FARHAH START NAK MERANGKAK....MENIARAP DULU LA...

STEP 2 : DAH MULA MERANGKAK.

STEP 3 : FARHAH WIDAD DENGAN GAYANYA TERSENDIRI!!!

STEP 4 : HORRAY!!! FARHAH DAH BERJAYA....

BYE - BYE...C U LATER !!!

Tuesday, October 16, 2007

RAMADHAN TIBA LAGI.....1428 MASEHI/2007 !!!

Tup,tup,tup......Rupanya dah masuk Bulan Ramadhan. Rasanya baru ja sambut Ramadan pada tahun lepas. Hai masa berjalan semakin hari semakin pantas. Usia pun semakin hari semakin meningkat setahun ke setahun. Lagi beberapa hari sebelum masuknya bulan Ramadhan Bos aku ada membuat kenduri sempena menyambut Ramadhan. Aku sefamily juga mendapat jemputan pada majlis hari itu. Banyak jugak juadah yang dihidangkan. Terima kasih diucapkan kepada my bos sefamily yang menjemput kami ke majlis ini. Alhamdulillah majlis di rumah bos aku pun berlangsung dengan jayanya.

Pada bulan Ramadhan kali ni aku tak banyak sangat berbuka puasa di rumah memandangkan dah ada baby ni, bukannya apa....balik keja ja masa dah pun hampir nak berbuka. Si Farhah pulak sibuk nak orang main dan melayannya. My hubby pulak bila aku balik nak lah rehat sekejap almaklumlah dah mengasuh Farhah hampir separuh hari, lepas tu nak keja pulak. So my hubby n aku pun bersetuju untuk berbuka puasa ja di luar. Selalunya Nahar Cafe lah yang sering menjadi kunjungan kami disepanjang bulan Ramadhan ni sebab nak parking pun senang. Tapi ada juga aku mendapat jemputan berbuka puasa dengan malaysian agency di sini seperti Maybank. Adalah jugak aku n my hubby berbuka puasa di Malaysia Hall Cantin dalam sekali dua tu. Suasana berbuka puasa di Malaysia Hall ni agak meriah jugak di tambah dengan bermacam aktiviti yang dianjurkan sempena bulan yang mulia ini seperti ceramah Nuzul Quran, nasyid, pertandingan azan, hafazan dan bermacam-macam lagi. Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan kepada kita semua....Amin.


Majlis berbuka puasa bersama Maybank London.





Majlis berbuka puasa di Malaysia Hall, London.




FARHAH DENGAN BABY COT BARUNYA!!!

Nampaknya Farhah pun semakin hari dah semakin besar dan aktif. Kalau aku or my hubby nak ke toilet ker.....or nak buat apa ka kat dapur....n apa-apa sajalah yang terpaksa tinggalkan si kecil ni, mesti dah tak boleh nak tinggal lagi dengan bersendalkan bantal-bantal di sekelilingynya sebab Farhah sekarang dah semakin kuat menolak benda-benda ni hingga jatuh dari katil. So, kami berdua pun telah mengambil keputusan untuk membeli satu travel cot untuk si kecil kami ni. Kebetulan pulak masa ni Argos pulak ada sale disney travel cot daripada harga £70.00 turun kepada £35.00 saja.....so tunggu apa lagi teruslah aku mengorderkannya melalui internet ni. Alhamdulillah puas hati barang yang diorder pun sampai dan memuaskan hati kami sekeluarga. Nampaknya Farhah pun agak suka jugak dengan cot barunya ni. Senanglah sikit sekarang ni, kalau nak ke mana-mana sekejap bolehlah tinggalkan Farhah kat dalam cot ni buat sementara waktu. Huh legalah sikit rasanya. Taklah terkejar-kejar je kalau nak ke toilet pun.



Ha....ni lah DISNYEY TRAVEL COT Farhah yang baru ja dibeli bulan lepas.